Saya perturunkan link mengenai isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia bagi mereka yang inginkan ketenangan dan mencari keredaan Allah.
http://jebatmustdie.wordpress.com/2010/01/11/khutbah-jumaat-untuk-anda-yang-kononnya-liberal/
Satu perkara yang jelas ialah, kita tidak boleh paksa orang lain hormat kepada kita, sama ada kita sebagai diri individu, atau sebagai satu ummah. Kerana hormat sifatnya diberi, bukan sesuatu yang boleh dituntut.
Penghormatan bermula dengan diri kita sendiri. Jika kita tidak menghormati diri kita sendiri, bererti kita tidak ada kualiti untuk dihormati. Jika kita tidak menghormati ummat Islam, yang kita adalah sebagai anggota ummat ini, bererti kita tidak menjumpai kualiti dalam ummah ini yang seharusnya menjadi penyebab untuk ianya dihormati. Jika diri kita, atau ummat kita tidak ada kualiti untuk dihormati, siapa yang akan memberi penghormatan krepada kita. Hari ini, kita tidak membicarakan soal ’apa sepatutnya berlaku’, tetapi kali ini sedang membicarakan ’apa yang sebenarnya sedang berlaku’.
“Hormat diberi, bukan dituntut”; “Respect is given, not demanded”
Salah satu daripada ciri seseorang itu boleh dihormati ialah ’berpegang kepada janji’. Mereka yang memenangi penghormatan daripada orang lain selalunya adalah orang yang memberi lebih daripada apa yang mereka janjikan, dan bukan golongan yang membuat janji lebih daripada apa yang mereka berikan.
Mari bertanya kepada diri, apa yang sering kita sebagai ummat Islam janjikan kepada dunia.
Kita selalu katakan kepada dunia, Islam membawa keamanan dan kesejateraan. Kita kata ”Islam taslim” – ”kamu terima Islam, kamu selamat”. Cuba kita renungkan, apakah tanggapan atau persepsi dunia terhadap ummat Islam berkenaan dengan keamanan dan kesejateraan?
Dalam peristiwa yang berlaku baru-baru ini, bila terbakar sebuah gereja, kita dapat perhatikan betapa cepat jari-jari dituding ke arah ummat Islam, walaupun pada waktu itu tidak siapa tahu siapa yang sebenarnya membuat angkara.
Persoalannya ialah kenapa terus telunjuk dihalakan kepada ummat Islam sehingga ada para pemimpin Islam mengatakan "orang Islam tidak sepatutnya berbuat demikian". Kerana daripada segi kemungkinan, ianya boleh dilakukan oleh mana-mana pihak yang kita tidak tahu.
Saya tidak menuduh sesiapa, cuma mahu menyatakan beberapa kemungkinan.
Ada kemungkinan ia dilakukan oleh orang Islam yang berasa tidak puas hati dengan keputusan mahkamah berkenaan penggunaan kalimah Allah.
Ia juga mungkin dilakukan oleh pihak ketiga yang sering mencari peluang untuk merosakkan keamanan yang dikecapi oleh Malaysia sekarang ini. Mungkin ada yang ingin menarik pelawat ketempat mereka seperti yang dilakukan oleh Abrahah ke atas Baitullah pada tahun Gajah.
Mungkin ada yang mahu Malaysia jadi kacau bilau supaya mudah mereka campur tangan seperti yang mereka lakukan di Iraq dan di Afghanistan.
Kita juga boleh merangka kemungkinan ianya dirancang oleh orang dalaman yang ingin meraih simpati dalam kemelut suasana yang ada pada waktu itu.
Ini adalah antara kemungkinan yang ada, tetapi kenapa hampir keseluruhan yang keluar di media, jari-jarinya ditujukan ke arah ummat Islam?
Setiap golongan akan berasa marah jika jari ditujukan kepada mereka, tetapi apakah perasaan kita dalam peristiwa ini? Adakah kita juga mempunyai tanggapan yang sama? Mungkin anda ada jawapan tersendiri.
Inilah antara tanggapan yang saya maksudkan. Tanggapan berlaku kerana berbagai sebab. Antara faktor utama kepada pembentukan sesuatu tanggapan ialah perlakuan seseorang itu sendiri, ataupun perlakuan sesuatu golongan, atau sesebuah ummah itu sendiri.
Contohnya, seseorang yang sering dilihat memakai jubah di dalam masjid, tanggapan awal ialah mungkin ia menjadi orang yang pertama akan kita ajukan kehadapan untuk menjadi imam. Seseorang yang pernah dipenjarakan kerana mencuri pula selalunya akan menjadi suspek pertama bila ada kecurian berlaku ditempat yang dia turut berada, walaupun sebenarnya dia sudah bertaubat, sehinggalah dia dapat merobah tanggapan itu dengan perlakuannya yang baik secara berpanjangan.
Kita balik semula kepada janji ummat Islam kepada dunia bahawa Islam membawa keamanan dan kesejahteraan.
Kita akan hanya dihormati sejauh mana kita menghormati janji kita sendiri. Kita perlu lihat ke dalam diri kita sebagai satu ummah, dan bertanya, sebanyak mana telah kita buat untuk tunaikan janji itu? Tidak kiralah siapa diri kita, kerana setiap kita adalah bertanggungjawab untuk membina ummah ini untuk menunaikan janji tersebut. Sekiranya kita tidak ada sumbangan ke arah itu, maka kita tidak boleh menyalahkan golongan lain yang tidak menghormati kita sebagai ummat Islam, kerana antara faktor utama tanggapan mereka sedemikian ialah disebabkan oleh perlakuan kita sendiri.
Selepas menyatakan antara sebab kegagalan kita meraih penghormatan adalah kerana kegagalan kita menunaikan janji, mari kita lihat pula apa yang berlaku bila kita tidak dihormati, tidak disegani, dan tidak ditakuti.
Jika kita adalah ummat yang dihormati dan disegani, golongan lain tidak akan berani bertindak dalam hal yang boleh menyebabkan kita tidak suka atau kita marah. Mereka tidak akan berani mencuit, apakah lagi menyentuh tentang sesuatu yang amat intim dengan persoalan akidah kita.
Jika sudah ada golongan bukan Islam yang bersikap bahawa mereka boleh ajar kita berkenaan dengan ketuhanan kita, berkenaan dengan keimanan dan ketauhidan kita, ia seharusnya membawa amaran amat besar kepada kita bahawa mereka sudah tidak mempunyai kehormatan langsung kepada kita sebagai ummat Islam, ummat yang digelarkan sebagai ummat yang terbaik, ummat yang seharusnya memimpin dunia. Maka teroponglah ke dalam diri-diri kita masing-masing.
Adakah kita masih ada ciri-ciri ummah sebagaimana yang diterangkan oleh Allah swt (2:110) dan Rasulullah s.aw?
Adakah kita mengamalkan amalan yang menjadikan kita dikatakan sebagai ummah yang terbaik?
Adakah kita memiliki keimanan, ketakwaan, ketauhidan yang melayakkan kita untuk menjadi kumpulan manusia yang terbaik?
Hormat diberi, bukan dituntut. Kita boleh paksa orang lain tunduk kepada peraturan dan kekuasaan, tetapi kita tidak boleh paksa orang supaya hormat kepada kita. Buatlah apapun, kita tidak akan dihormati, jika kita tidak memiliki ciri-ciri yang boleh menyebabkan kita dihormati.
Kita perlu terima hakikat bahawa ummat Islam pada hari ini, secara globalnya tidak dilihat sebagai ”khaira ummah” oleh orang-orang bukan Islam. Mereka tidak melihat orang-orang Islam sebagai golongan yang boleh memimpin mereka sama ada dari segi ekonomi, politik, sosial ataupun pendidikan.
Beberapa statistik dalam negara kita juga tidak menunjukkan kita mudah dihormati. Dari segi sosial, dikatakan paling ramai yang terkurung dipusat serenti adalah anak-anak daripada ummat Islam. Yang menjadi pengacau masyarakat dengan menunggang motosikal secara merbahaya beramai-ramai juga sebahagian besarnya adalah tergolong daripada anak-anak ummat Islam.
Dalam hal eknomi, kita terlalu jauh ketinggalan dibelakang. Jumlah kita paling ramai tetapi jumlah pemilikan kita paling rendah. Daripada ribuan bangunan tinggi di Kuala Lumpur, milik anggota ummat Islam cuma mungkin boleh dikira dengan jari.
Bila dilihat kesungguhan dan pencapaian dalam hal akademik, juga tidak membayangkan penonjolan yang ketara bahawa ummat Islam yang berada paling di hadapan.
Jika kita mengaku kita kini menjadi ummat contoh
dan dihormati, kita mungkin cuma syok sendiri. Apa pandangan anda?
(Ini datang dalam satu emel, untuk renungan pelawat laman ini semua.)
Penggunaan nama Allah oleh non muslim di Indon
Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan
belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia..
They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang
disangkakan di sini..
Pengalaman
ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya
jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak
lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya
Aku
ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat
ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita
semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita
semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2
dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku
langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..
Satu
lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot
obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh
beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus,
Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik
"ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku..
wakakaka..
Satu
lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa
Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan
cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu
ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!"
aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung
jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..
Satu
lagi kat sana
nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai
buku.. Ada satu
buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni:
"Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai
aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik
lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian
rupanya..
Risau
gak klu jadi camni kat M'sia.
Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat
sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan
timbul lepas ni selagi malaysia
mengamalkan demokrasi-sekular..
Pagi ini (13 Jan, Rabu) saya sempat mendengar siaran radio IKIM yang membicarakan tentang "Bahasa cermin Aqidah". Saya berasa gembira kerana ianya dibincang di udara dengan harapan ramai yang dapat mendengar dan memahaminya.
Pembicara adalah pegawai IKIM, Ustaz Azham. Terhidu bau Kelantan dari gaya percakapannya, he he. Namun yang penting ialah isi yang beliau sampaikan.
Antara perkara penting yang beliau keutarakan ialah istilah adalah penting kerana setiap istilah membawa erti dan kesan yang tersendiri. Contoh yang beliau bawa ialah sekiranya ada dua buah syarikat bas yang bernama "Sejahtera" dan satu lagi "Gerenti Maut", sudah pasti ia akan menarik bilangan pelanggan yang berbeza. Begitu juga dengan akad dalam hal nikah. Perkataan 'qabiltu' atau 'aku terima' boleh menghalalkan hubungan antara lelaki perempuan.
Beliau juga menyentuh dalam hal kalimah 'ALLAH' yang sedang hangat diperbincangkan diseluruh tanah air, malah menjadi berita di luar negara. Kata Ustaz Azham, kalimah 'ALLAH' adalah katanama khas bagi Allah Azzawajalla berikan kepada DiriNya. Kalimah 'ALLAH' tidak berasal daripada bahasa Arab. Huruf 'ALIF LAM' dalam ejaan ALLAH (ALIF LAM LAM HA) bukan alif-lam makrifah, atau alif-lam yang menunjukkan kata khusus. Ianya bukan daripada asal kata 'Al-Ilah', yang menjadikan perkataan umum 'ilah' kepada satu nama definitif.
Oleh sebab itu, kalimah 'ALLAH' bukan terjemahan kepada "GOD" atau "LORD" seperti yang dihujjah oleh Kristian Katholik.
Ada yang bersungguh-sungguh berhujjah menyokong penghakiman mahkamah tinggi iaitu membenarkan Herald mengguna kalimah ALLAH dalam penerbitan mereka.
Antara hujjah yang digunapakai ialah 'Allah itu Maha Penyayang', maka 'Allah sayang semua manusia'. Saya lampirkan disini tafsir surah alfatihah untuk kefahaman dan ingatan. Tafsir alQur'an tidak boleh guna akal semata. Tafsir alQur'an ada 'ulum attafsir', ada kaedah yang jelas wajib dipatuhi.
Makna 'Ar Rahman' dan 'Ar Rahim'
Secara bahasa, kedua kata ini merupakan bentukan kata dari Ar Rahmah
(kasih sayang). Dari kata Ar Rahmah inilah kata Ar Rahman dan Ar Rahim
dibentuk untuk menunjukkan bentuk kasih sayang yang sangat besar.
Walaupun kata Ar Rahman memiliki makna kasih sayang yang lebih tinggi
daripada Ar Rahim. Secara tersirat Ibn Jarir Ath Thabary menyebutkan
kesepakatan para ulama dalam masalah ini.
Berikut ini beberapa nukilan perkataan para ulama yang menjelaskan perbedaan antara Ar Rahman dan Ar Rahim :
1. Ibn 'Abbas mengatakan : "Kedua nama ini adalah nama (yang
menunjukkan) kelembutan, namun salah satunya lebih lembut dari yang
lainnya –artinya lebih menunjukkan kasih sayang yang lebih besar-."
2. Abu 'Ali Al Farisy mengatakan : "Ar Rahman adalah nama yang mencakup
segala bentuk rahmat yang hanya khusus dimiliki Allah Ta'ala, sedangkan
Ar Rahim adalah (untuk menunjukkan) rahmat dari sisi kaum mu'minin."
3. Ibn Jarir Ath Thabary meriwayatkan perkataan Al 'Azramy yang
menyatakan : "Ar Rahman adalah (menunjukkan kasih) yang ditujukan untuk
semua makhluq, sedangkan Ar Rahim adalah khusus untuk orang-orang
beriman."
Sila rujuk di sini untuk bacaan lanjut:
Ada pendapat yang mengatakan mereka boleh menggunakan kalimah Allah tetapi jangan menyeleweng. Saya timbulkan disini beberapa persoalan:
1. Apa garis panduan menyeleweng atau tidak menyeleweng. Nanti kalau ada aduan, kena bawa kepada mahkamah balik, sama ada ianya menyeleweng atau tidak. Kalaulah hakim tu jugak yang ambil kes .....
2. Siapa yang hendak memantau selama 24 jam sehari-7 hari seminggu agar tidak ada penyelewengan itu?
3. Nanti kalau diluluskan juga oleh mahkamah rayuan, mereka boleh tulis dalam majalah Herald dan di mana-mana, "Allah itu ada anak". Adakah boleh dianggap menghina Islam mengikut akta hasutan? Jika dibuat aduan, bagaimana agaknya keputusan? Jika mahkamah kata itu bukan penyelewengan, ertinya orang Islam kena terima "Allah ada anak" dan orang Islam tidak boleh cabar, nanti kena tindakan akta hasutan pula. Ini bererti, mereka boleh menghina Islam, tetapi orang Islam tidak boleh bertindak apa-apa, dan orang Islam, jika bertindak akan terkena tindakan akta hasutan.
Ada juga yang berkata, kalau nak guna, gunalah secara betul. Mungkin golongan ini tidak faham bahawa persoalan sekarang ialah pemohon itu hendak mengguna kalimah 'ALLAH' sebagai tuhan mereka sebagaimana yang mereka faham, iaitu 'Allah itu ada anak'. Apalah pula hujahnya letak syarat kena guna secara betul kalau sudah sah itu bukan penggunaan yang betul?
Bukan semua yang halal itu halal, tetapi terpulang kepada beberapa perkara lain. Jika seseorang Muslim memegang segelas air kosong, tetapi meminumnya dengan niat itu adalah arak, maka perbuatan minum itu adalah haram. Jika seorang suami menghampiri isterinya, memeluk dan melakukan hal kebiasaan antara suami isteri yang tidak boleh dilakukan jika bukan suami isteri, dan suami itu membayangkan yang dipeluknya itu adalah wanita lain, maka perbuatan itu juga haram.
Memang jelas Islam tidak melarang penganut agama lain untuk mengaku yang mereka sembah namanya 'Allah'. Mereka nak mengaku, biarlah mereka mangaku. Tetapi jika dalam sebuah negara, ada golongan yang menulis, menyebar bahan bacaan yang mengguna nama 'Allah', dan mengatakan 'Allah ada anak', bukankah ia akan mengelirukan ahli masyarakat yang beragama Islam? Jika ia boleh mengelirukan masyarakat, maka ia boleh menimbulkan huru hara. Bukankah sebuah kerajaan itu bertanggungjawab untuk menjaga keamanan? Jika jawapannya 'ya', maka Kementerian Dalam Negeri' ada asas untuk menyekat penggunaan nama 'ALLAH' secara dalam media yang boleh mengelirukan masyarakat yang berpotensi besar akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Jika tidak, KDN dikira tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga keamanan.
Golongan yang digelar ulama' memburukkan lagi keadaan dengan membicarakan perkara ini secara terbuka dan dilapor oleh media. Percanggahan pendapat di kalangan ulama' menyebabkan lebih ramai yang menjadi keliru. Jika ada di kalangan ulama' ini memperkecilkan golongan yang tidak berilmu kerana tidak faham, itu tandanya orang-orang 'alim itu sendiri tidak faham bagaimana menangani isu 'awam' secara bijak. Saya menyeru agar golongan yang diklasifikasi sebagai 'berilmu' agar tidak lagi menyambung hujjah mereka secara terbuka dan spontan, walaupun ramai yang ingin tahu, terutama mereka yang suka menulis di akhbar, majalah atau internet, dan akan membuat ulasan mengikut kefahaman mereka sendiri.
Setakat ini tidak ada larangan oleh kerajaan Malaysia bahawa golongan selain ummat Islam tidak boleh mengguna nama "ALLAH" sebagai tuhan mereka. Isu sekarang ialah penggunaan nama ALLAH dalam bible dan majalah, atau dalam media. Isu yang berbangkit pula ialah isu kemungkinan timbulnya kekeliruan yang boleh membawa kepada kekacauan. Kekeliruan dan kekacauan ini yang hendak dikawal.
Sekiranya keputusan Hakim Mahkamah Tinggi itu dibenarkan terus dilaksanakan, apakah dapat kita bayangkan apa yang akan berlaku. Bila PAS membuat "keputusan bersyarat" 'while Christians could use the word Allah, there must be controls to prevent its misuse or abuse', ia nampak seolah-olah ingin melepas diri daripada kontroversi yang sedang panas, namun kenyataan beberapa pemimpin PAS adalah secara terang-terangan memberi sokongan tanpa ada kebimbangan. Saya tidak ingin menuduh mengatakan PAS cuba menjaga agar 'undi orang bukan Islam tidak lari', tetapi ingin memberi ingatan bahawa 'seekor burung dalam tangan jauh lebih bernilai daripada sepuluh ekor burung di dalam semak'.
Bila Harakahdaily.net menyiarkan tajuk Praise for PAS, brickbats for Umno over Allah , sedarkah mereka, siapa yang memuji itu, dan siapa yang ditolak pendirian mereka, dan apa ulasan orang yang menolak itu? Harakah adalah suara resmi PAS, parti yang melaungkan ingin menegak Islam di Malaysia. Sedarkah pengarangnya betapa kekeliruan yang dijana dengan berita tersebut?
Akan terbelahkah MCA?
Sehingga saya menulis artikel ini, hanya 13 ahli jawatan kuasa pusat (Central Committee) MCA yang telah menyerahkan borang meletak jawatan, masih belum sukup 8 orang.
Apa akan jadi sekiranya tidak ada lagi ahli CC yang akan letak jawatan? Mereka yang telah letak jawatan sudah pasti tidak boleh menarik balik keputusan mereka, kecuali surat yang mereka tanda tangani itu bersyarat (contohnya, ".... akan letak jawatan jika sekurang-kurangnya 21 orang ahli CC letak jawatan....").
Sekiranya, MCA terus bergolak, apakah BN, khususnya UMNO ada pelan 'B'? Khususnya, pelan untuk meraih sokongan daripada pengundi-pengundi bukan bumiputra.
Adakah akan berlaku, BN menerima ahli individu daripada mereka yang telah meletak jawatan, mengulangi apa yang BN buat untuk Hassan Adli dulu? Jika ia dibuat, bukan sahaja Liow akan dapat terus memegang jawatan menterinya, malah T Murugiah juga nampak cerahnya langit di ufuk esok.
Malam tadi berbual dengan seorang rakan daripada satu media internet sampai jam 1.00pagi. Beliau adalah kenalan saya sejak lebih daripada 25 tahun.
Perbualan berkisar sekitar politik tanah air.
Bila saya tanya beliau ke mana arahtuju PAS sekarang? Dia diam, kemudian sebut, "kabur".
Dulu PAS menarik perhatian dan sokongan kerana membawa isu Hukum Hudud and UMNO/BN adalah penentang perjuangan mereka. Sekarang mereka tidak sebutpun perkara yang sama, dan jika sebut tidak dalam nada pelaksanaan segera sebagaimana sebelum Mac 2008.
Apa lagi seruan PAS sekarang? PAS survive kerana ia dapat menunjukkan perbezaan dengan UMNO daripada segi kesungguhan kemahuan kepada Hukum Hudud dan pembentukan negara Islam. Bila perjuangan itu sudah dikuburkan dengan kerjasama dalam Pakatan Pembangkang, apalagi perbezaan yang dapat mereka tonjolkan?
PAS sering juga menonjolkan UMNO/BN adalah korup, mengamalkan nepotisme dan kronisme. Kes terbaru yang melibatkan TGNA, menantunya dan Kickdefella, serta penulisan anak TGNA yang terus terang mengaku ada berlaku perkara yang sama (beliau tidak sebut adanya nepotisme dan kronisme, tapi mengaku ayahnya yang bersungguh mahu melantik menantunya, dan pengakuan TGNA dia ada dalam mesyuarat yang turut dihadiri oleh LA untuk melantik menantunya itu) dalam pemerintahan PAS, saya rasa mencacatkan lagi perjuangan PAS. Begitu juga perbezaan yang cuba ditonjolkan dengan UMNO menjadi semakin nipis, sama-sama ada korup, sama-sama ada nepostisme, dan berbagai lagi tuduhan yang selama ini hanya dibalingkan kepada UMNO.
Tanpa perbezaan dalam daya tarik penyokong, pertarungan mungkin akan beralih kepada siapa lebih bersedia mengguna 'senjata' dan 'alat peperangan'. Seorang pengkaji telah membentangkan beberapa hari lalu dalam satu seminar PAS di Selangor, khabarnya sokongan rakyat di Selangor berada dalam keadaan 40:60. 40 untuk PR dan 60 untuk BN.
Adakah angka-angka ini memberi erti baru untuk masa depan politik di Malaysia?
Abezi, Respect must be earned. Itu lah yang saya selalu dengar. Mengenai berjubah didalam mesjid, bukan setakat berjubah sahaja, jika... read more
on Adakah Ummat Islam dihormati?