Buruknya Meritokrasi
Sekarang musim penentuan siapa dapat biasiswa, siapa dapat pinjaman, dan siapa tidak dapat apa-apa. Banyak golongan menghenyak JPA atas alasan tidak memberi biasiswa kepada yang dapat banyak A dan sebaliknya diberi kepada yang dapat kurang A. Sama ada ini agenda politik atau agenda kaum, itu bukan persoalan saya di sini.
Muhyiddin buat kenyataan seperti dalam keterpaksaan. Katanya Kementerian Pelajaran mungkin mengkaji untuk menghadkan subjek yang diambil dalam SPM. Katanya adalah tidak adil dibandingkan kerana pelajar Sekolah Berasrama Penuh memang tidak dibenarkan ambil lebih daripada 10 atau 11 subjek, bagaimana nak lawan mereka yang dapat 14 A atau lebih daripada itu. Pelik juga. Kalau nak betulkan hal pemberian biasiswa, kenapa perlu hadkan pengambilan subjek dalam SPM?
JPA dihenyak atas nama meritokrasi. Meritokrasi, kalau ikut Webster's Dictionary ertinya: "an intellectual elite based on intellectual achievement" atau "a system in which such an elite achieves special status, as in positions of leadership". Ertinya meritocracy hanya mementingkan "intellect", tetapi tidak mementingkan sifat dan kemampuan kemasyarakatan, kepintaran emosi dan lain-lain.
Mahukah kita dibayangi oleh golongan yang hanya bijak akademik, tetapi buta kemasyarakatan, kering emosi, dan tuli kepada budaya? Sesebuah negara memerlukan lebih daripada golongan intellect. Seorang CEO syarikat yang ambil cuma lulusan kelas satu untuk syarikatnya pernah mengadu kepada saya, bahawa pekerjanya mudah break down under pressure, dan berbagai masalah yang asasnya adalah kekurangan keyakinan diri, self esteem, ketahanan mental. Mereka bijak dan rajin tetapi boleh 'jam'kan syarikat bila masa kritikal. Tetapi yang kelakarnya, CEO tu cuma third class holder masa degree dia . . . .
Saya tidak memperkecilkan kemampuan intellect. Tetapi negara perlukan pasukan pemimpin dan rakyat yang seimbang. Kajian rata-rata telah membuktikan bahawa kemampuan intelek hanya menyumbang sebanyak lebih kurang 15% sahaja dalam kejayaan hidup seseorang insan. Paling utama ialah kekuatan dan kepintaran emosi. Sekiranya biasiswa hanya mengambilkira meritokrasi, saya percaya negara tidak akan seimbang dalam perancangan untuk masa depan.
Meritokrasi yang hanya berasaskan SPM adalah perkara yang boleh mengalih pandangan daripada kemampuan sebenar generasi muda negara. Ramai pelajar yang tidak cemerlang sewaktu SPM yang kemudiannya menjadi lebih cemerlang daripada rakan mereka yang cemerlang sewaktu SPM (MCE). Kalau saya mahu ambil contoh rakan sebaya saya sendiri, mereka yang jadi jutawan dan banyak membantu orang lain adalah daripada golongan yang pernah dikata oleh Pengetua sebagai "tidak jadi orang". Mereka tidak cemerlang dalam SPM. Dan tidak ada daripada 20 pelajar terbaik SPM dari rakan sebaya saya itu yang lebih baik ekonomi mereka daripada pelajar-pelajar tidak cemerlang ini. Malah, daripada kalangan kami yang sudah menjadi pembantu kuat pemimpin negara, tidak daripada kalangan 20 pelajar terbaik masa itu. SPM bukan segalanya. Sebahagian mengasah minda intelek, sebahagian yang lain meleburkan diri dalam pembentukan kepintaran emosi. Daripada kedua-dua kumpulan ini ada yang berjaya, dan ada yang gagal.
Seperkara lagi ialah, meritokrasi berasaskan SPM semata-mata adalah tidak adil kerana secara umumnya mereka yang berjaya selalunya terdiri daripada golongan yang mampu mendapatkan khidmat pengajaran yang lebih dan suasana belajar yang lebih baik. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berpeluang mendapat khidmat sedemikian kerana kemiskinan atau tinggal jauh di luar bandar? Kerajaan perlu mengambilkira faktor ini secara serius, kerana telah terbukti, ramai golongan berjaya dalam negara kita adalah asalnya daripada kampung dan miskin tetapi telah diberi peluang oleh kerajaan. Bayangkan jika peluang mereka ditutup kerana meritokrasi!
Meritokrasi bukan keadilan. Meritokrasi hanyalah salah satu daripada alat pengukuran untuk membina 1Malaysia.
Comments
There have been other criticisms of the notion of meritocracy in addition to Young's original criticism that system in which social position was determined by objective characteristics would still be unegalitarian and unstable. One which is often made by proponents of critical theory concept argue that merit is defined by the power elite simply to legitimize a system in which social status is actually determined by class, birth, and wealth.
Most governmental systems contain some element of meritocracy. For instance, in most representative democracies, parties and voters use the performance of candidates in campaigning or in office to determine who should be re-elected and what senior positions they may hold. Elected officers usually also hire expert advisers to help formulate policies.