Media mana alat propaganda, yang mana pula tidak?
Pagi tadi, (Ahad, 30 Mac) saya sempat menonton siaran langsung televisyen, RTM1. Dua orang panel ditemubual oleh dua orang fasilitator (compere). Tajuknya berkisar tentang peranan media, dan tumpuan diberikan kepada analisis PRU12.
Semacam menjadi satu persetujuan di kalangan penganalisis, bukan sahaja dua orang panel tersebut, malah dalam blog, email dan media cetak, sama ada peyokong PKR-PAS-DAP, atau UMNO/BN, atau penganalisis yang 'seemed-to-be-neutral', bahawa media arus perdana terlalu taksub dengan propaganda untuk UMNO/BN dan lupa tentang laporan yang profesional dan adil.
Saya kira, termasuk di dalam MAP (media arus perdana) ini ialah stesen-stesen TV seperti RTM1, RTM2, TV3, NTV7, TV8, TV9. ASTRO tidak ada saya dengar/ baca dicop sedemikian. Mengenai media cetak pula, UTUSAN, BERITA HARIAN, NST, THE STAR, SIN CHEW JIT PO, sering dilabel demikian. Mungkin senarai ini tidak penuh, dan itu tidak penting untuk bahasan ini.
Tidak pula saya dengar dan baca bahawa ROCKET, HARAKAH, dan SUARA KEADILAN digelar sehingga dipercayai bahawa ianya sebagai alat propaganda pemilik-pemilik masing-masing.
Pernahkah, anda, atau sesiapa yang inginkan keadilan, ambil kesemua akhbar-akhbar ini, letakkan sebelah menyebelah, dan buat perbandingan. Yang mana lebih tinggi nilai peranan propagandanya. Media mana yang anda ingin percaya, itu adalah hak anda, sebagai individu yang bebas.
Adakah semua yang disampaikan dalam MAP itu dusta dan fitnah, dan yang disampaikan oleh media alternatif itu semuanya benar, baik dan berguna untuk masyarakat?
Saya yakin, keputusan yang dibuat oleh setiap individu tentang media mana yang boleh dipercayai, bukan kerana media itu sendiri, tetapi sejauh mana para pemiliknya dikagumi dan seterusnya dipercayai.
Setiap kepercayaan pula, bermula dengan persepsi. Persepsi pula tidak semestinya benar, tetapi persepsi akan membina kepercayaan, dan kemudiannya membantu seseorang membuat keputusan.
Bagaimana pula dengan penulis blog yang tidak dikenali itu boleh dipercayai? Jawapannya samalah dengan jawapan kepada kenapa khabar angin yang tidak diketahui punca itu boleh dipercayai dan boleh membawa kesan yang besar dalam masyarakat.
Seperkara lagi, penulis blog selalunya hanyalah seorang individu yang kebiasaannya tidak dikira berbaloi untuk di'lawan' dengan kos yang tinggi. Selalunya pula, penulis blog, menulis kerana objektifnya yang tersendiri - untuk kebenaran, untuk mencari wang, untuk balas dendam dan sebagainya. Macam-macam sebab boleh jadi pendorong. Sebab itu, walaupun tanpa bayaran, ia menulis bersungguh-sungguh, dari hatinya.
Suasana dan budaya masyarakat menjadi asas kepada persepsi sebegini.
Abezi.
Comments
Tengok lah apa yang mereka bilang: kaki (2), kepala (1), kalau bayang pula (0.5), sebab tempat gelap atau hari mendung tak ada bayang. Kadang-kadang bayang ada empat, dekat stadium la......