PRU12, kenapa begitu … ?
Ah! belum habis lagi.
Terkejut? Keliru? Puas? Menyesal?
Mungkin anda salah seorang daripada salah satu golongan di atas. Itupun jika anda prihatin! Jika tidak, anda mungkin tergolong dalam golongan “tidak kisah”.
Agak lambat untuk saya menulis sebegini, mungkin dah basi pun. PRU12 sudah dua minggu berlalu. Tapi saya rasa ia masih relevan. Bahang pasca PRU12 masih membara. Yang menang, ada yang masih menggigit jari, entah-entah masih bermimpi, tiba-tiba sahaja bergelar EXCO. Yang kalah, ada yang masih tidak boleh terima kenyataan, juga menggigit jari, entah-entah sedang mengigau igauan ngeri. Ada pengundi yang pening masih belum pulih, ingat cuma mahu beri ingat, rupanya hilang 5 negeri. Ingat cuma nak kocak, tetapi terus roboh. Rupa-rupanya rumah yang selama ini disangka kukuh, begitu rapuh dimakan bubuk. Juga menggigit jari, menyesal?
Sudah-sudah la
tu. Sedar-sedarlah. Semalam mentari sudah tenggelam. Pagi tadi ia menyinar lagi. Bangun, pergi basuh muka, buang tahi mata,
gosok gigi, bersihkan diri, mari bersimpuh, kita mesyuwarah. Tanya diri bermuhasabah. Tanya rakan, buka telinga, buka minda. Usah angkuh lagi. Esok kita bangkit lagi, selagi maut belum
menjemput.
Esok, selagi belum kiamat, masih ada.