Rasuah Dalam PAS
Daud Iraqi membuat kenyataan wujudnya politik wang dalam PAS. Ramai terkejut. Ramai melenting.
Hadi telah membuat penafian pada 18 Mei tentang kemungkinan wujudnya politik wang, atau rasuah dalam PAS. Bila Husam cadang Daud Iraqi dibawa ke jawatan kuasa disiplin, Daud Iraqi bertegas dan berkata beliau tidak takut. Kemudiannya, pada 19 Mei, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, Daud Iraqi juga menafikan bahawa beliau ada membuat kenyataan tersebut.
Mana satu yang betul?
Ada unsur pembohongan ke?
Adakah pemberita yang mula-mula melaporkan dari Daud Iraqi yang berbohong? Atau siapa yang bohong?
Comments
Itu situasi lain. Itu situasi menerima tanpa ikatan, bukan memberi. Kalau PAS memberi untuk pancing undi, maka ia sudah terjebak dalam rasuah. Apa hukum rasuah?