Bingung? Bacalah. Renunglah. Bagaimana umat Islam diputar-putarkan fikiran mereka. Adakah berita-berita ini akan diterangkan kepada penyokong PAS dan rakyat semuanya sebagai pembohongan The Star dan Utusan Malaysia?
1.
Hudud: Pas sanggup tunggu 30 tahun
KOTA BHARU 28 Dis. - Pas tidak akan memaksa atau mendesak mana-mana pihak terutama rakan pembangkangnya melaksanakan hudud dan qisas di negara ini sekiranya pakatan pembangkang memerintah.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya sedia menunggu hingga semua pihak sedia terima hudud dan qisas walaupun terpaksa mengambil masa 30 tahun lagi.
Beliau berkata, parti itu akan terus memberi penerangan kepada semua pihak terutama bukan Islam dalam usaha untuk mencapai hasrat mereka.
"Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan.
"Dulunya bila Pas sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian parti tersebut dalam melaksanakan hudud dan qisas di negara ini jika pakatan pembangkang memerintah.
Pendirian parti itu dilihat tidak konsisten selepas beberapa pemimpinnya memberikan kenyataan yang berdolak-dalik selepas mendapat kritikan daripada rakan mereka dalam pakatan pembangkang, DAP.
Isu hudud timbul semula ketika Wacana Transformasi Politik Malaysia yang diadakan di Balai Islam Lundang baru-baru ini.
Ia dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengakui parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti itu tidak terjejas walaupun isu itu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Terengganu.
"Tidak ada apa (isu hudud), dulu orang dapat terima politik Islam, sikit lagi orang dapat terima hudud pula," katanya.
2.
PAS: Hudud hit by the economy
SHAH ALAM: PAS has back-pedalled further on its stand on hudud laws with its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang saying that the current economic situation could delay its implementation.
Abdul Hadi said that for hudud to be implemented, people must have proper education, jobs as well as economic mobility.
“The current economic situation and the fact that there is unemployment among Malaysians prevent the hudud from being implemented,” Abdul Hadi said.
He was speaking to reporters after launching the party’s membership drive campaign yesterday.
Abdul Hadi said the fear shown by certain quarters regarding the hudud was akin to the kampung mentality of the 1950s regarding hospital visits.
He said people used to be afraid of going to the hospital because they believed that once a person went, he would definitely be cut open.
Abdul Hadi said hudud laws would only apply to Muslims.
Asked about the coming Kuala Terengganu by-election, Abdul Hadi said PAS was confident of winning.
He, however, said there could be obstacles and challenges because PAS was not “merely fighting another party but the Federal Government.”
The event, which was attended by PAS supports club members, saw people sign up as members of PAS.
Beberapa isu mutakhir menarik perhatian ramai: tanah bukit runtuh, sekolah vernakular dan yoga. Prof Shad Faruqi menulis dari segi perlembagaan, dan saya berasa lega.
Beberapa rumusan saya:
1. Mukhriz tidak salah dalam mencadangkan sekolah satu sistem. Beliau juga tidak salah jika cadangkan sekolah vernakular ditutup seperti yang diwarwarkan oleh Lim Kit Siang. Lim Kit Siang sepatutnya lebih tahu tentang undang-undang, tetapi kali ini dia terlajak. Pengalamannya di Parlimen dan latar belakang undang-undang beliau tidak membantu beliau memahami perlembagaan, atau sengaja cari publisiti meraih undi....
2. Memang fatwa tidak boleh dilaksanakan sebagai undang-undang tanpa kelulusan yang berkuasa tentang agama dinegeri-negeri, iaitu Sultan atau Yang DiPertua negeri, kecuali Wilayah Persekutuan. Namun, yang penting ialah fatwa itu untuk membimbing umat Islam, dikeluarkan oleh golongan yang berpengetahuan tentang Islam, mengambilkira faktor yang ada. Fatwa ialah untuk menyelamatkan umat Islam daripada bergelumang dalam dosa mengamal atau percaya tentang sesuatu yang berlawanan dengan syariat dan aqidah Islam. Masalah perlaksanaan sebagai undang-undang adalah perkara yang tidak sepenting bimbingan menjauhi larangan Allah, penyimpangan aqidah dan perbuatan syirik. Bagi sesiapa yang mahu terus beryoga, mereka sudah tahu risiko meniti jambatan ke neraka. Pastinya umat Islam yang inginkan syurga tidak akan menerima fatwa (keputusan) Sisters in Islam, yang kehidupan mereka sendiri banyak menyimpang daripada Islam. Mereka yang menyamakan yoga dengan tae-kwan-do, karate dan sebagainya, tidak membuat kajian yang cukup. Tae-kwan-do, karate dan taichi tidak ada unsur-unsur kepercayaan dan amalan yang sebati dengan syirik seperti yang terdapat dalam yoga. Pilihlah jalan anda sendiri, kerana anda yang akan merasa sejuk syurga atas panas neraka.
3. Tentang tanah bukit runtuh, nampaknya golongan yang paling bertanggunjawab masih diam. TH properties masih cadangkan supaya tidak buat 'blanket banning'. Bagi saya, golongan paling berkuasa ialah pelanggan/pembeli hartanah. Memang semua golongan yang terlibat ada kepentingan masing-masing, tetapi nyawa yang terancam secara terus ialah para pembeli. Pembeli juga yang menyebabkan ada pemaju ingin buat rumah di lereng bukit, yang seterusnya memulakan rantaian keterlibatan pihak-pihak lain seperti PBT dan lain-lain pihak berkuasa yang bertanggungjawab memberi kelulusan. Jika pembeli buang/sekat keinginan sendiri, pihak lain tidak mampu paksa mereka beli. Kalau pelanggan sudah mahu beli, dan kemudian berusaha untuk beli dan sanggup tinggal ditempat sedemikian, tanggunglah sendiri, kenapa mahu guna wang rakyat lain untuk bantu melunaskan keingininan mereka yang tidak mahu endah peringatan tentang bahaya tanah runtuh? Saya rasa boleh ubahsuai peribahasa Melayu jadi begini: "Jika takut ditimbus tanah, jangan berumah dilereng bukit".
Mukhriz membuat kejutan bila beliau umumkan pandangannya mengenai sekolah satu sistem. Saya yakin ramai yang terkejut. Ada yang terkejut terus melatah seperti Ong Tee Kiat. Ramai akademis yang setuju, walau mungkin ada ubah suai sana sini.
UMNO telah beri peluang kepada MCA dan MIC untuk memperjuangkan pendidikan bagi keturunan masing-masing. Tetapi mereka gagal meraih sokongan untuk BN sebagaimana yang diharapkan, malah menyalahkan UMNO bila mereka hadapi masalah besar dalam PRU12 8 Mac lalu.
Lim Kit Siang terus melenting dan suruh pecat Mukhriz kerana katanya Mukhriz telah buat kenyataan bersifat hasutan. Padahal memang jelas Mukhriz tidak sebutpun (laporan Utusan) tentang penutupan sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Lim Kit Siang terasa kakinya digigit semut merah...... ditempat dia cari makan!
Mukhriz sebut tentang "sudah sampai masanya rakyat melepaskan sistem sekolah berbeza yang dilaksanakan sekarang". Maksudnya, rakyat yang buat keputusan, bukan kerajaan yang tutup. Tetapi Lim Kit Siang kata Mukhriz suruh tutup dan terus cadang tindakan drastik terhadap Mukhriz. Jelas betapa cauvinisnya Lim Kit Siang, yang disokong dan didokong oleh ramai orang Melayu dan Islam daripada ahli dan penyokong PAS dan PKR.
Tulisan Jebat ini saya rasa amat relevan untuk perhatian semua. Ramai tokoh politik yang cuba memberi komen tidak perlunya bersifat perkauman tetapi mereka tidak sedar mereka sendiri berhujjah daripada minda perkauman. Ini kes periok kata kendi itu hitam padahal memasing berada atas dapur kayu!
Perkara yang terus menjadi persoalan utama kepada saya ialah betapa bermotivasinya beberapa golongan memperlekehkan Melayu/Islam, dan menjadikan umat Melayu dan Umat Islam berada dalam keadaan bertahan. Adakah Umat Islam memang berasa begitu hina untuk berasa mereka golongan paling ramai di Malaysia? Adakah Melayu berasa begitu hina sehingga terpaksa bertahan di bumi sendiri?
Iraq gah di mata dunia sewaktu kezaliman Saddam bermaharajalela. Kini Iraq tenggelam dalam keadilan boneka Amerika dengan hampir setiap hari berhadapan dengan pembunuhan dan kematian. Bangsa Arab Iraq telah menolak pemimpin zalim mereka sendiri dan menerima kezaliman bertopengkan demokrasi dari Amerika sehingga jauh lebih ramai yang mati dalam masa empat tahun pemerintahan regim boneka Amerika berbanding sewaktu Saddam memerintah. Yang terkulatnya rakyat Iraq. Yang merakusnya Amerika dan boneka Amerika, dibuat atas nama keadilan demokrasi, demokrasi yang membunuh jauh lebih ramai rakyat Iraq daripada kezaliman Saddam. Saya tidak menyokong kezaliman Saddam. Tetapi saya menyesali mereka yang tertipu dengan tipu muslihat Amerika beserta kuncu-kuncunya dari Eorpah dan kuasa-kuasa lain di dunia yang terliur dengan sumber minyak di Iraq.
Apakah Lim Kit Siang dan golongan yang sama waktu dengannya benar-benar mahu menolong seluruh penduduk Malaysia?
Saya amat-amat sangsi.
(BOS = Blue Ocean Strategy: Diperkenalkan sebagai hasil kajian dua orang Profesor Havard. BOS iktiraf persaingan, tetapi tidak pentingkan mengalah pesaing, cuma perkokohkan kendiri dalam meraih sokongan pelanggan untuk lebih maju).
Blue Ocean: perumpamaan pasaran yang tidak ada persaingan
Red Ocean: perumpamaan pasaran yang sudah penuh, wujud persaingan sengit, variasi tawaran hanya tentang produk yang sama.
Saya tidak berniat untuk tulis tiori atau analisis mengenai Blue Ocean Strategy. Cuma saya ingin bawa pembaca cuba padankan dengan suasana kita di negara ini yang begitu berkecamuk dengan pelbagai perkara dan ribut rebutan pengaruh oleh pelbagai kumpulan berminat.
Jika diperhatikan, kebanyakan organisasi perniagaan yang sedang bersaing, mereka begitu terjebak dalam pemikiran Red Ocean. Jga, jika dilihat kepada parti politik, memang semuanya lemas terjebak dalam pemikiran Red Ocean yang sama. Mereka sungguh pasrah, pengundi adalah golongan yang sama hendak direbut undinya (tidak lebih daripada itu). Dalam kelemasan ini, mereka mengambil pendekatan persaingan ketara, hingga menghampiri persengketaan. Lihat sahaja gelagat mereka semasa kempen pilihanraya dan dalam Parlimen. Keangkuhan dan keegoan terpancar terus dikaca TV ke minda dan nurani penonton. Mereka yang suka, bertepuk. Mereka yang takut, kecut. Apa akan jadi kepada negara ini?
Bila strateginya mengutamakan persaingan, yang mudah dibuat ialah melihat kelemahan pesaing. Itulah yang paling mudah, sebab pelurunya hanya air liur. Maka berlakulah cirit birit kata-kata, tanpa segan kepada anak-anak yang cuba diasuh akhlak mereka supaya bersopan bila berkata. Memalukan. Tetapi itulah senjata untuk mematikan lawan. Mencari kelemahan, besarkan. Cari kesalahan, besarkan. Cari kesilapan, besarkan. Bukan bererti mereka tidak ada kelemahan, kesalahan dan kesilapan. Mereka juga manusia yang asal daripada air mani yang hina. Sama.
Strategi yang lebih ampuh ialah dengan memperkuatkan diri. Memperkuatkan organisasi. Memperkuatkan parti. Tetapi hendak perkuatkan parti ada banyak risiko. Kuatkan parti bererti kena kuatkan ahli. Kuatkan keazaman mereka. Kuatkan pemikiran mereka. Kuatkan pemahaman mereka. Ini bererti akan ramai mempunyai kemampuan memimpin. Nanti susah pula hendak jamin kedudukan sendiri. Lebih mudah, ahli-ahli dipelihara dengan motivasi, atau upah bermusim. Diberi makan bila perlu. Beri makan pula jangan sampai kenyang, nanti lawan tauke, he he. Rata-rata, parti politik di Malaysia tidak membina modal manusia mereka sebagaimana yang sepatutnya.
B.O.S ajar, cari ruang baru. Bagaimana hendak cari ruang baru jika pengundinya golongan yang sama yang saling direbut itu? Tabur fitnah lebih mudah. Tabur janji lagi senang. Ini memang kerja golongan pemalas! Tidak takut buat dosa dan tidak berminat cari pahala.
Ruang baru memang ada. Saya amat yakin. Kena buat kajian. Tetapi, untuk memenuhi ruang baru itu, mestilah ubah diri dulu. Jika kini kita bujur membulat, kena ubah diri jadi bujur bersegi jika ruang baru itu mahukan benda yang bujur bersegi untuk serasi. Jika tidak, tidak mustahil ruang baru itu akan diisi oleh pendatang baru yang berbentuk serasi dengan ruang. Nak ubah diri, kena bina modal manusia sebab pengisi parti-parti ini adalah manusia. Setakat ubah orang main ganti-ganti tidak memadai jika semuanya jenis berfikiran bujur membulat.
Risiko? Memang ada. Ukurlah badan kita.
Abezi ;)
|
Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Penerangan, kempen tentang "Saya Anak Bangsa Malaysia" di FB beliau. Saya tulis pada dinding FB tersebut seperti berikut:
~~~~
Fauzi Shaffie wrote at 1:24pm
If you are truly a Malaysian, then you should have no qualm to support only one type of school in Malaysia - Sekolah Kebangsaan, for the sake of real unity. Else, you are just politicking! |
to change." —Charles Darwin
Proses pemilihan UMNO 2008/2009 kini sedang berlangsung. Antara perkara terhangat dibicarakan ialah isu 'politik wang'. Komen dalam media massa termasuk daripada mantan Presiden, Mahathir, beberapa calun pemimpin yang bersedia untuk bertanding, pengerusi disiplin UMNO, serta beberapa tulisan individu dan golongan tertentu dalam akhbar bercetak dan juga laporan dalam internet. Secara lebih meluas ia dibicarakan oleh hampir segenap lapisan dalam UMNO, daripada mereka yang memegang hak undi di cawangan, hinggalah kepada pemimpin peringkat nasional.
Yang tidak terkejut, semuanya menolak politik wang, pemimpin dan bukan pemimpin.
Semua, pemimpin dan bukan pemimpin setuju, politik wang dalam UMNO kini sudah menular menjadi wabak, kerana hampir setiap ahli cawangan sedar tentang perkara ini dan ramai antara mereka (jika tidak hampir semuanya, barangkali) yang dapat merasai bahananya secara 'flesh and bone'.
Semuanya juga setuju politik wang ini boleh menghancurkan UMNO.
Tetapi, siapa yang tidak terlibat? (Soalan selamat!). Kalau nak tanya siapa terlibat, semuanya pasti akan mengaku 'tidak' terlibat, dan jika boleh nak ditunjukkan orang lain yang terlibat, agar lebih mudah menang tanpa pertandingan, atau kurang sedikit perbelanjaannya.
Semua yang bertanding faham. Kalau bagi (wang), belum tentu menang. Tetapi kalau tidak bagi, sudah tentu berasa akan kalah sebelum berlawan, sebab masing-masing berasa lawan mereka bagi habuan. Macam-macamlah habuan tu. Masing-masing susah untuk bagi bukti, cuma ramai yang datang beritahu kepada (wakil?) yang bertanding (sebab ramai calun yang mengadu ada kalangan calun yang main politik wang), seperti "si anu bagi banyak ni, kalau sikit daripada tu, alamat undi terpaksa diberi kepada yang bagi lebih. Bukan tidak suka kpd "YB"/"Datuk"/dll, tetapi "kalau nak saya/kami ubah pendirian, kena bagi lebihla sikit, biar berbaloi kena marah." Agaknya, macam tu la kot bunyi nya.
Tetapi, terima kasih tetap diberi kepada yang memberi.
Daripada cerita-cerita, tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan mengenai politik wang dan rasuah ini, nampak seolah-olah para pemimpin dan ahli UMNO, semuanya sedang berpakat untuk menghancurkan UMNO. Tidak perlu orang luar UMNO untuk melakukannya. There would be great "implosion" soon, IF this pandemic disease is NOT put to rest immediately. Pilihlah, kuasa berada di hati dan tangan anda!
Hancur.
Memang hancur.
Itu adalah sunnah ummah di dunia. Jika ciri-ciri kehancuran itu, seperti rasuah/maksiat/kemungkaran dalam apa bentuk sekalipun sudah merata dalam mana-mana kaum/ummah/jamaah/organisasi, dan tidak ada kalangan yang bersungguh-sungguh membenteraskannya, maka tunggulah saat kehancuran, yang akan tiba tanpa amaran lagi.
Kalau tidak berapa yakin, bacalah sejarah keruntuhan mana-mana kaum/ummah/jamaah/organisasi dalam dunia ini.
Bagi mereka yang yakin UMNO akan hancur kerana tidak yakin dengan usaha membenteras wabak ini, mungkin akan mula fikirkan tentang alternatif kepada UMNO.
Saya salinkan ke sini tulisan Johan Jaafar dengan tajuk di atas mengenai politik wang dalam UMNO yang memungkinkan hancurnya parti besar dan bersejarah itu yang saya petik daripada Berita Harian Online pada 2 Nov 2008.
Di luar Lingkaran: Politik wang hancurkan Umno
Masa membuat keputusan waras demi bangsa
BEGINILAH 'cerita rakyat berkaitan pemilihan dalam Umno:Sama ada benar atau tidak, cakap-cakap begini tidak baik untuk Umno. Lebih malang lagi apabila kenyataan sedemikian datangnya dari pimpinan politik Umno sendiri. Sekiranya diteliti pelbagai kenyataan media setakat ini hampir semua mengakui politik wang wujud dalam Umno. Malah hal ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen yang mengakui 'politik wang dalam Umno sukar dibendung'.
Kita juga mendengar kenyataan sepedas ini dikeluarkan seorang pemimpin Umno: "Tenderkan saja semua jawatan dalam Umno."
Jadi apakah yang sebenarnya yang berlaku? Umno parti korup? Umno tidak boleh 'dibetulkan' lagi? Politik wang begitu berakar umbi dalam Umno hingga menjadi sebahagian daripada budayanya? Umno tidak akan mengubah dirinya? Sistem nilai dalam Umno begitu bobrok hingga parti itu sudah tidak lagi dapat membezakan mana yang ideal dengan yang samping dan remeh?Seorang pemimpin muda Umno yang menjadi ahli panel sebuah majlis anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama-sama saya dan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selasa lalu terang-terang mendedahkan modus operandi mereka yang mengamalkan politik wang. Ada 'code word' dan isyarat tertentu dalam mengagih-agihkan wang. Ada kaedah dan cara tersendiri bagaimana pecacai politik tokoh-tokoh tertentu menjalankan tugas mereka.
Pemimpin muda PKR itu tidak perlu menuding jari menunjukkan betapa rosaknya Umno. Pemimpin Umno itu sendiri mendedahkan segala-galanya. Mungkin beliau yang juga Ketua Bahagian sudah patah hati untuk melawan gelombang sogokan dalam partinya sendiri. Hanya dengan mendedahkannya secara terbuka kepada peserta yang terdiri dari wartawan media cetak dan elektronik akan melepaskan beban penanggungan beliau.
Beliau mengakui masih ada bara idealisme dalam Umno. Politik wang belum bernanah dalam sistem yang sedia ada. Dan masih ada suara jujur, benar dan waras dalam parti itu. Suara ini menjadi sebahagian dari conscience pimpinan dan ahli parti yang insaf. Merekalah yang bersuara lantang menentang amalan yang berbahaya itu. Menurut beliau, biarlah suara itu minoriti tetapi harus bergema di dalam parti.
Memang mudah membuat andaian atau generalisasi mengenai politik wang dalam Umno. Lebih mudah lagi untuk menjatuhkan hukum ke atas semua yang disyaki. Memang benar wujud perlakuan sesetengah pemimpin yang akan berbuat apa saja demi mengekalkan kuasa atau untuk mendapatkan kuasa. Bukan saja wang digunakan, malah penganugerahan 'Datuk' juga khabarnya menjadi modal meraih sokongan. Pemberian gelaran itu dikatakan membeli 'polisi insurans' untuk masa depan. Sewaktu pemilihan, orang ini akan sentiasa berasa terhutang budi.Tidak cukup dengan itu, dengan menjanjikan 'projek' ramai yang akan menjadi penyokong pemimpin tertentu. Pada saat-saat akhir pula apa yang diperlukan bukan saja 'salam cengkuk' (salam yang mengandung wang) tetapi istilah seperti 'tabur' dan 'carpet bombing' akan kedengaran. Seperti juga cara tentera Amerika Syarikat (AS) meratakan tanah Vietnam Utara pada tahun 70-an dan Afghanistan pada awal dekad ini dengan bom, wang yang 'diturunkan merata-rata' akan mencorakkan pola pemilihan pada saat-saat akhir.
Sebahagian cerita ini tidak lebih khabar angin saja. Atau sengaja diada-adakan untuk memburuk-burukkan imej pesaing. Saya memimpin sebuah akhbar sewaktu pemilihan Umno tahun 1993 dan 1996. Saya melihat sendiri bagaimana perwakilan atau wakil mereka berbondong-bondong ke hotel tertentu atau ke bilik hotel tertentu apabila mendengar khabar wakil calon tertentu sedang 'menabur' wang. Saya mendengar khabar angin seorang pemimpin yang ingin bertanding jawatan menghantar orangnya dengan beg penuh berisi wang menggunakan helikopter. Kesemuanya ternyata tidak benar. Tetapi cerita sebegini menjadi sebahagian dari mitos sewaktu pemilihan Umno.
Umno harus membezakan di antara mitos dengan realiti. Pimpinan dalam Umno harus bertegas membetulkan imej yang sedemikian buruk mengenai parti itu. Malangnya dalam keadaan pemilihan, tiada siapa yang peduli hal-hal begini. Tugas memastikan mereka yang bertanding tidak terbabit politik wang nampaknya terserah pada Jawatankuasa Disiplin Umno. Orang lain terlalu sibuk berkempen, untuk memastikan kemenangan, dan lebih buruk lagi untuk 'meneruskan' budaya sedia ada.
Tengku Ahmad Rithauddeen berpendapat Umno harus mengatur strategi berkesan bagi mengatasi masalah itu. Beliau bimbang politik wang sudah menular pada pemilihan peringkat paling bawah � cawangan misalnya � sesuatu yang selama ini tidak berlaku.
Memang ada cadangan untuk membuat 'pembersihan dari dalam'. Tetapi hal itu hanya mungkin berlaku jikalau semua pihak komited. Tidak ada maknanya bertepuk sebelah tangan dalam soal ini. Kebijaksanaannya ialah "jikalau orang menang kerana memberi, mengapa tidak saya." Lagipun bagi si penerima, 'Jikalau orang bagi, apa salahnya ambil'. Oleh sebab itulah 'harga' semakin melonjak. Si A akan memberi lebih dari Si B. Penerima akan menunggu siapa yang memberi lebih. Soal pangkah siapa cerita lain.
Politik wang juga merupakan konsep yang digunakan sewenang-wenangnya tanpa satu definisi jelas. Mungkin Umno harus belajar dari cari cara parti utama di AS mengendalikan dana politik dan kaedah memberi sumbangan. Cara ini lebih telus daripada kaedah yang digunakan oleh banyak parti di negara membangun. Mungkin ada yang mengatakan cara AS itu tidak sesuai untuk kita tetapi demi mengatasi masalah ini, Umno harus melihat di luar kotak.
Supaya berlaku adil, janganlah dek seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Soalnya ialah di kalangan sekawan kerbau, jikalau hanya seekor yang belum terpalit, lama kelamaan tubuhnya akan terpalit juga. Ada yang berpendapat budaya dalam Umno menyebabkan usaha menolak politik wang hampir-hampir mustahil. Sekiranya hal itu berlaku, maka Umno akan hancur.
Apa yang penting ialah memahami kedudukan Umno itu sendiri pada masa ini. Ada pandangan yang mengatakan bahawa Umno hari ini adalah parti tauke dan parti orang berada bukan parti cikgu dan orang biasa seperti satu masa dulu. Ini satu andaian mudah yang boleh dipertikaikan. Kelangsungan Umno ialah kerana sifat dinamisnya, juga kerana kesediaannya membuat perubahan dan menyesuaikan dirinya dengan keadaan semasa. Keahlian hanyalah sebahagian daripada masalah Umno yang kompleks itu. Umno tidak musnah kerana jenis ahli dari kalangan tertentu yang mendominasinya tetapi kerana kualiti ahli itu sendiri.
Maka itu Umno harus melancarkan jihad memerangi politik wang dengan apa cara sekalipun. Itu saja yang akan mengembalikan keyakinan ahlinya, selain membetulkan imej dan persepsi masyarakat terhadapnya. Memerangi politik wang seperti juga menangani gejala rasuah: Bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir. Tindakan lebih penting dari riuh rendah dan janji.
TDM wrote about a speech presented by the late Tun Tan Siew Sin. Going through the responses, I met this comment:
"Thank you Tun,
For reminding us of some of the important milestones in our brief history. Indeed what is spoken and written, can only partially tells us of the emotions being expressed in those written words. Did the late Siew Sin expressed gratitude to the UMNO leadership of the past or was he hitting back at the former colonial masters for past misdeed of labelling the Chiness as communist?
In expressing the possible gratitude, I think the late Siew Sin was refocussing the energy of the newly adopted citizens to ascertain their future by ensuring their position in society through enforcing the Chinese language and culture remains strong, by making sure that Chinese language through chines education remains the bedrock of the Malaysian Chinese or should I say Chinese
Looking at regional development already taking place throught out ASEAN at or about the same time, I think Chinese leaders like the late Siew Sin, was fighting tooth and nail, to ensure conditions enforced in Indonesia were not replicated in the newly Independent Tanah Melayu. If the UMNO founding fathers had taken similar route to the development in Indonesia for sure the migrant Chinese would not be given citizenship that easily, and if they were to be given citizenship as in Indonesia they would have to abandon their familiar chinese names, language and chinese culture. If only the UMNO founding fathers had taken that route we would have a more asimilated population, speaking the same language and at least having names that are more Malay.
Looking at Indonesia nowadays after the 3 generations have passed the Chinese Indonesia cannot speak Chinese and they still have the label Chinese in their KTP or IC that denotes them as Chinese and would therefore not allow them to work in Indonesian Civil Service. And being the people that have learnt to asimilate and integrate to survive they have inter married with the locals to gain control over large tracks of land and become the real puppet masters behind a majority of the Indonesian population.
And during the time of Habibie and Gus Dur as President of Indonesia, the Indonesian Chinese have once again regained their position to be recognised as Chinese, when Mainland China began to make political overture of establishing trade with Indonesia. In the name of trade again the chinese have regain the elevated position to begin changing thier name to more Chinese sounding name.
But the Malaysian Chinese are a different lot - they remain united under the single unifying flag of fighting under the Chinese education umbrella to unify their position and to maintain their resolve as an ethnic group eventhough they come from different Chinese bloodlines of Hakka, Kek, Teo Chiew, and many others. They remain steadfast in ensuring language becomes their bedrock for contniued survival as a race. Maybe the 2000 years of Chinese history have taught them something - that language was the basis of Shih Huang Ti unfiying the Chinese empire and dynasty. Through language they recorded their history and recorded civilization.
My dear Tun - the subject of Malaysian Independence and the unwritten war that was fought should be a taught subject for the Malay so they will know where they came from, and what had made it possible for them to come where they - BTN is a bit crude, refinement is needed.
My apologies to the other blogger if what I have written seems somewhat diffcult to accept. As you want to be recognise by your ethnic background, I too want to be recognise as a Malay, with the language and culture that I have inherited from my parents and Malaysia is the Federated Malay State or Tanah Melayu and I take pride to be recorded within written history for time that history has been recorded that this is the Malay Peninsula.
Regards "