Hari Khamis lepas saya ada berbincang dengan seorang klien mengenai kursus "Bacaan Pantas". Perbualan dalam perbincangan itu terheret juga mengenai penguasaan bahasa kerana "Bacaan Pantas" memang berkait dengan bahasa.
Apa yang menyentuh perasaan saya ialah bila beliau beritahu, dalam satu jabatan, lebih 90% kakitangannya bukan daripada orang Islam. Bila ada orang Islam datang temuduga, walaupun memiliki CGPA 3.8, namun selepas 10 saat (ya, 10 saat), dia sudah boleh buat keputusan calon itu tidak layak kerana kekurangan kemampuan berbahasa Inggeris.
Klien saya ini adalah regional player, dengan jumlah kakitangan mencapai sekitar 800 orang. Jika keadaan ini berterusan, siapa harus dipersalahkan bila jabatan lain dalam organisassi itu juga nanti memerlukan kakitangan yang fasih berbahasa Inggeris? Siapa yang akan rugi?
Seingat saya, penurunan penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia bermula dengan batch SPM 1978, bila semua subjek diajar adalah dalam Bahasa Melayu sejak tahun 1974. Ini bererti, Malaysia mengalami penurunan kualiti Bahasa Inggeris bermula daripada mereka yang sudah berumur 49 tahun. Golongan ini telah mula menjadi tenaga kerja secara umumnya pada tahun 1984. Jika mereka daripada kalangan guru, mereka mula mengajar pada tahun 1984/5, sehingga tahun 2003 sewaktu PPSMI diperkenalkan, mereka ini sudah mengajar selama hampir 20 tahun, dan mereka mengajar dalam Bahasa Melayu. Hitungannya, golongan ini telah melahirkan satu generasi yang belajar dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Dan sudah ramai anak murid mereka juga yang kini sudahpun memasuki alam pekerjaan. Daripada kiraan umur tenaga kerja, jika dikira pencen pada umur 58 tahun, dan tempoh kerja adalah 33 tahun, ia boleh dianggarkan hampir dua pertiga daripada para guru hari ini merupakan mereka yang belajar dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Mereka ini perlu mengikuti latihan untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris, satu kerja yang ramai tidak menyukainya. Bukan kerana susah, tetapi lebih kerana tidak mahu belajar semula. Patutlah, begitu ramai guru yang menentang PPSMI! Bayangkan, betapa rendahnya kemampuan rakyat Malaysia berbahasa Inggeris sekarang ini.
Klien saya itu juga ada memberitahu, international and regional players melihat kepada India, kerana mereka bersungguh dalam memastikan rakyat mereka belajar bahasa komunikasi antarabangsa itu. Bila ini berlaku, sumber manusia kita, terutama orang Islam yang begitu bersungguh memastikan kumpulan mereka tidak fasih berbahasa Inggeris, amat rendah nilainya dalam permintaan pekerjaan. Bila tidak diterima bekerja, bagaimana akan berlaku perpindahan ilmu, maklumat dan teknologi? Bila tidak diterima bekerja, bagaimana dengan standard of living? Bila tidak ramai orang Islam dalam pekerjaan dengan international and regional players, bagaimana pula dengan perniagaan yang berkaitan dengan mereka, seperti membekal barangan keperluan syarikat-syarikat itu? Siapa agaknya yang akan mudah mendapat peluang membekal kalau tidak mereka yang mudah dikenali oleh pekerja-pekerja dalam syarikat-syarikat berkenaan?
Banyak lagi soalan-soalan yang menerjah minda saya untuk ditulis, tetapi jika dua tiga soalan yang saya kemukakan itu suda tidak boleh dijawab dengan puas hati, orang Islam perlu bertindak sekarang. Jangan tunggu kesan pembatalan PPSMI menjadikan umat Islam seperti zaman tahun 60an, di mana ikan yang ditangkap dengan menggadai nyawa di tengah laut cuma mampu ditolak hutang beras musim tengkujuh. Bukan kerana mereka tidak bekerja keras, tetapi kerana mereka tidak menguasai pasaran di kampung mereka sendiri. Siapa yang menguasai pasaran jika tidak mereka yang berniaga? Bayangkanlah bila organisasi perniagaan dikuasai oleh mereka yang fasih berbahasa Inggeris kerana keadaan globalisassi dunia sekarang ini.
Saya tidak dapat bayangkan selain daripada mimpi ngeri orang Islam akan mampu menjadi hamba di lubuk emas dalam kawasan tanah yang mereka miliki sendiri.
Saya ingin rekodkan kekesalan saya kepada tindakan GAPENA dan parti politik PAS, serta beberapa organisasi berasaskan orang Islam lain yang bersekongkol dengan mereka. Tidak akan saya kecualikan para guru yang malas belajar Bahasa Inggeris kerana sudah lama senang dengan mengajar dalam Bahasa Melayu, dan mengorbankan kepentingan keturunan mereka sendiri kerana kemalasan itu. Sekurang-kurangnya saya boleh beritahu cucu saya nanti, inilah golongan yang bersalah jika mereka susah mendapatkan pekerjaan dan susah untuk hidup di negara mereka sendiri yang begitu kaya dengan hasil anugerah Allah.
Malaysiakini editor-in-chief Steven Gan, in a statement on the website, said both videos are news events which are of public interest.
“Our intent in putting up the videos was not to ‘annoy’ anyone, but to do our job as journalists to draw attention to the protest and to ensure action is taken so that incidents like this will not happen again in Malaysia,” he said.
Gan added that Malaysiakini had no plans to take down the videos and was seeking legal advice.