Posts (page 2)
Mahkamah Rayuan memutuskan sebulat suara (3-0) Zamri adalah MB Perak yang sah. Ini merupakan "landmark decision", atau keputusan mahkamah yang akan menjadi rujukan pada masa depan. Ia boleh membawa erti Sultan atau Agong boleh lucutkan mana-mana MB atau PM tanpa ada undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, sekiranya bilangan penyokongnya sudah sah dan terbukti kurang daripada 50%. Tetapi ia masih belum menolak perlunya ada undi tidak percaya melalui surat atau cara lain. Penghakiman bertulis amat dinantikan oleh mereka yang terlibat dengan perundangan. Lagipun saya tidak ada di dalam mahkamah waktu mereka bersidang. Saya serahkan kepada mereka yang lebih mengetahui.
Saya percaya, Nizar akan merayu terus ke Mahkamah Persekutuan, mahkamah paling tinggi dalam perundangan Malaysia. Malah, mungkin bila tulisan ini dipublishkan, dia sudah pun buat pengumuman. Itu hak beliau. Orang lain tidak boleh halang, marah atau beri komen yang tidak sepatutnya. Tetapi komen menyatakan "hakim sudah dibeli", "mahkamah tidak adil" dan apa-apa komen yang membawa maksud sedemikian, kalau bertulis, boleh bawa petaka.
Perkara yang menarik perhatian saya ialah, begitu ramai para loyar (buruk) yang buat komen tanpa ilmu. Komen di Internet, sama ada di blog atau FB, memang panas-panas. Ramai daripada mereka ini yang nampak jauh lebih mengetahui tentang undang-undang daripada para hakim di Mahkamah Rayuan itu. Mereka juga semacam lebih mengetahui daripada hakim Mahkamah Tinggi bila mereka katakan Hakim Aziz benar bila keputusan berpihak kepada mereka. Seolah-olah mereka boleh kata "Aziz, kau pandai, bijak, adil, berani". Dan mereka pula seolah berkata kepada 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan, yang pangkat lebih tinggi, pengalaman lebih lama, pengetahuan lebih luas, sebagai "zalim", "tidak adil", "tidak pandai", "kena beli" dan macam-macam.
Kalau yang membuat tuduhan atau mengeluarkan kata-kata itu orang Islam, saya ingin ingatkan bahawa kata-kata itu juga akan diadili oleh Tuhan Rabbuljalil. Jangan ingat para hakim yang buat keputusan tersebut sahaja akan dihadapkan ke mahkamah rabbul jalil. Saya tidak ingin samakan mereka dengan nabi, tetapi pengajaran peristiwa Nabi Musa dan Nabi Khaidhir boleh dijadikan ukuran. Bayangkan, kalaulah Nabi Musa terus menuduh Nabi Khaidir dangan tuduhan-tuduhan liar bila melihat beberapa tindakan Nabi Khaidir yang pada pandangannya zalim. Begitu juga bila Imam Maliki tidak mahu membuat keputusan sehingga diambil tindakan oleh penguasa. Satu masa, debu-debu akan jatuh, dan langit akan terang.
Bagi saya, keputusan ini adalah keputusan mahkamah. Saya terima ia sebagai keputusan mahkamah. Mereka lebih tahu selok belok perundangan dan risiko dalam membuat keputusan penghakiman. Saya yakin mereka juga takut kepada Allah. Keputusan sebegini tidak semudah hukum matematik.
Saya ingin mendengar hujjah. Saya bencikan penghakiman berasaskan emosi. Saya bencikan manusia yang tidak pernah menerima keputusan jika keputusan tidak seperti yang mereka mahu. Saya bencikan mereka yang anggap diri mereka suci dari kesalahan, bersih dari dosa, dan pihak lain sentiasa tidak benar. Mereka ini, jika jadi pemerintah, akan bertindak jauh lebih zalim.
Saya rasa ada baiknya saya berkongsi merenung tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin ini:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramai orang politik memang pemurah. Semua orang cakap begitu. Sifat pemurah orang politik mempunyai banyak makna. Mungkin kerana ingin menolong orang lain disebabkan mereka merasakan mereka itu pemimpin. Mungkin juga kerana ingin menjaga undi dan sokongan. Sehinggakan Ketua Dewan Ulama PAS pun mengeluh tentang ‘unsur rasuah politik’ dalam partinya.
Sama ada dinamakan rasuah atau apa sahaja; orang politik itukan pemurah?! Sekalipun mungkin ada maknanya yang tersendiri. Ya! Kuasa, pengaruh, nama, pangkat dan segala yang berkaitan dengannya bukan mudah hendak dilepaskan, juga bukan mudah untuk diubati jika sudah mabuk. Benarlah kata tokoh umat Islam yang terbilang al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): Aku tidak melihat paling kurangnya kezuhudan itu melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262).
Namun ramai orang politik dan ‘tidak politik’ bukan sahaja murah duit atau ‘harta dunia’ tapi juga murah pahala. Dengan mudah sahaja mereka memberikan ‘pahala’ mereka kepada orang lain, atau dengan mudah rela menanggung dosa orang lain jika mereka tidak dapat memberikannya pahala. Nabi SAW pernah bertanya para sahabat baginda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka (Riwayat Muslim).
Hadis ini amat menakutkan. Inilah hakikat muflis atau bankrap yang hakiki. Adapun muflis dalam kehidupan dunia mungkin boleh diselesaikan atau berakhir. Namun muflis jenis ini membawa kesan dalam kehidupan ‘alam abadi’. Ya, kita semua jarang yang terlepas dari kesalahan ini. Namun kita selalu berusaha dan ingin mengelaknya. Malangnya, dalam kehidupan sesetengah ahli politik yang tidak berteraskan wahyu kita ada dapati bagi mereka memaki hamun orang, menuduh orang tanpa bukti, memakan harta orang atau rakyat, menumpahkan darah orang sama ada mencedera atau membunuhnya tanpa sebab yang diizinkan syarak bagaikan ‘rukun politik’ yang wajib dan ‘haram’ ditinggalkan. Lebih buruk lagi jika itu semua dihalalkan atas berbagai alasan.
Mengkritik dan memberikan pandangan berbeza dalam politik adalah tidak mengapa. Bahkan merupakan satu keperluan. Jika membabitkan hak rakyat, maka rakyat perlu dibela. Apatah lagi dalam ‘reka bentuk’ politik demokrasi yang diamalkan. Namun, memaki-hamun, mencerca, sehingga ada yang mencarut adalah bertentangan dengan syarak. Lebih buruk lagi ada yang mengutuk sifat peribadi orang lain yang Allah ciptakan seperti mempersendakan ‘botak’, ‘hidung besar’, ‘mamak’ dan berbagai lagi. Makian, kutukan, sendaan itu dijadikan bahan ketawa yang ‘dikongsi dosa’ bersama pengikut dan penyokong. Jika ada tuduhan terhadap musuh politiknya, belum pun ada bukti atau sokongan bukti, terus sahaja diperkatakan secara ‘yakin tanpa syak’. Bersorak sorai pengikut meraikan ‘kemurahan pahala’ orang politik. Sementara membelasah harta orang dilakukan oleh banyak pihak yang tidak jujur dan amanah. Namun, dalam banyak keadaan ramai orang politik yang mempergunakan harta rakyat untuk kepentingan dirinya. Demikian sejarah juga menunjukkan penumpahan darah dan penyeksaan ke atas hamba-hamba Allah yang lain sering mempunyai hubungan dengan politik.
Buruk
Lebih buruk lagi, ada yang menghalalkan kesalahan-kesalahan tersebut atas alasan demi menegakkan kebenaran. Lalu dipetiklah kata-kata sarjana itu dan ini seperti al-Imam al-Ghazali dan al-Nawawi bagi menjustifikasikan perbuatan salah tersebut. Padahal jika dilihat kepada konteks huraian yang mereka sebutkan, bukan demikian maksudnya. Mana mungkin mereka menghalalkan maki-hamun, carut-marut atau menuduh tanpa bukti atas alasan untuk menegakkan kebenaran. Kebenaran apa jika begitu rupanya?! Peperangan mempertahankan agama yang dihalalkan Allah dan rasul-Nya pun, tidak dibenarkan kita melampaui batas, apakah kita boleh melampaui batas ketika berpolitik? Firman Allah: (maksudnya) Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas. Namun orang politik yang berperang untuk kerusi mereka melampaui batas. (Surah al-Baqarah: ayat 190)
Saya masih teringat seorang penceramah politik tertentu, beliau juga terkenal dengan alunan zikir munajatnya. Semasa saya menjadi mufti, beliau berceramah atas pentas politiknya bersama dengan pendengarnya mengalunkan ‘istighfar dan zikirnya’. Habis sahaja ceramah beliau memaki hamun saya di atas pentas yang sama dengan menggelar saya ‘bapa syaitan’. Beliau mahu memancung saya dengan tuduhan saya akan menulis buku khas mengkritik partinya dan beberapa tuduhan lain yang tidak benar. Padahal buku tersebut tidak pernah muncul dan saya tiada cukup masa untuk itu. Saya hanya tersenyum sinis melihat rakaman tersebut dalam youtube. Saya juga mungkin berterima kasih atas sedekahnya itu untuk saya yang kekurangan pahala ini. Cuma saya begitu kagum; bagaimana politik boleh menukar watak manusia daripada berzikir kepada memaki hamun orang. Maka jangan hairan jika politik boleh menukar manusia menjadi pencerca, perompak harta, penyeksa bahkan pembunuh sekalipun. Ya, orang politik memang pemurah pahala.
Sikap tidak professional yang dilakukan oleh orang-orang politik seperti inilah yang membantutkan manfaat intelektual dan menyumbang kepada keretakan masyarakat. Malangnya, hal ini sering dilakukan oleh orang politik yang sedang berkuasa, juga yang ingin mendapatkan kuasa. Apa tidaknya, jika seseorang yang memberikan pandangan yang berbeza atau mengkritik dalam batasan yang wajar diambil tindakan, maka terbantut idea-idea yang baik. Juga, apabila tindakbalas itu diambil dalam bentuk maki hamun, atau kezaliman yang lain, maka retak dan bergeserlah masyarakat. Sebab itu, saya dapati dalam negara kita ramai intelektual takut, atau tidak dilatih untuk memberikan pandangan ‘ketiga’ atau yang berbeza dengan ‘kumpulan-kumpulan politik’ yang ada. Ini kerana, jika kumpulan atau badan politik itu mempunyai kuasa kita akan diambil tindakan secara kuasa. Jika mereka belum berkuasa, senjata cercaan, makian dan kutukan akan digunakan yang menyebabkan banyak pihak tidak mampu menanggungnya. Dengan itu, sifat murah pahala orang politik itu bukan sahaja untuk pesaing politik mereka, juga untuk sesiapa yang enggan akur kepada pandangan mereka, sekalipun tidak menyokong musuh mereka. Sehingga kadang-kala kita mungkin kecewa dan perit dengan sikap yang seperti itu. Namun Allah itu adil. Sabda Nabi SAW: Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk (Riwayat Muslim).
Cumanya, jika kita semua; sama ada kita orang politik atau tidak, merenungi hadis ini dan yang sebelumnya, mungkin kita akan tidak pemurah pahala lagi, atau akan kurang pemurah. Ini kerana setiap kita memang sukar untuk mengawal tabiat ‘boros pahala’ ini, namun mengingati hadis ini akan membataskan kita. Sifat pemurah memang dianjurkan oleh Islam kerana ia boleh membantu orang lain juga mengeratkan hubungan antara kita. Namun, jangan pemurah pahala kerana ia merosakkan orang lain dan meretakkan hubungan antara kita.
Daud Iraqi membuat kenyataan wujudnya politik wang dalam PAS. Ramai terkejut. Ramai melenting.
Hadi telah membuat penafian pada 18 Mei tentang kemungkinan wujudnya politik wang, atau rasuah dalam PAS. Bila Husam cadang Daud Iraqi dibawa ke jawatan kuasa disiplin, Daud Iraqi bertegas dan berkata beliau tidak takut. Kemudiannya, pada 19 Mei, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, Daud Iraqi juga menafikan bahawa beliau ada membuat kenyataan tersebut.
Mana satu yang betul?
Ada unsur pembohongan ke?
Adakah pemberita yang mula-mula melaporkan dari Daud Iraqi yang berbohong? Atau siapa yang bohong?
Salaam;
Hari ini. 11 Mei, 2009, UMNO merayakan ulang tahun ke 63. UMNO, tulang belakang BN, masih belum mampu bernafas lega sejak dikejutkan oleh tsunami pru12, 2008. Terimalah ia sebagai hakikat.
Para aktivis UMNO, dari semua peringkat, walaupun tidak semua terlibat, telah lupa kepada asas kewujudan UMNO, dan majoriti para aktivis ini telah lupa kepada prinsip, falsafah dan matlamat perjuangan. Malah, kalau ditanya, apakah prinsip dan falsafah perjuangan UMNO, saya yakin ramai yang akan terkial-kial mencari jawapan. Seharusnya gegaran pru12 menjadi pengajaran, dan pendukung UMNO tidak berselimut dalam penafian, bahawa UMNO menghadapi risiko kekalahan dan kehancuran. Para ahli muda terutamanya, bukan hanya hilang arah, malah tidak pernah tahu arah dan 'milestone' perjuangan. Majoriti golongan muda UMNO lebih nampak peluang menghimpit pemimpin, mencari peluang jalan pintas ke lubuk rezeki dan puncak kuasa, berbanding dengan rasa bertanggungjawab memikul beban amanah bangsa. Ini antara putik kehancuran.
Ramai umat Islam tahu, umur Nabi wafat ialah 63 tahun (kiraan tahun Hijrah). Saya tidak tahu apa kena mengenanya dengan umur UMNO. Tetapi kesan psikologi tetap ada, terutama bila BN/UMNO tewas teruk dalam pru-12. Namun, jika dikaji lebih dalam sedikit, walaupun BN kalah teruk, undi untuk UMNO masih gagah. Lihat sahaja para ADUN BN yang menang, sama ada di Selangor, Perak atau Pulau Pinang, hampir kesemua mereka adalah dari UMNO. Komponen BN yang hilang terlalu banyak undi dalam pru-12 baru-baru ini ialah MCA, GERAKAN, MIC dan PPP. MCA dan GERAKAN kepupusan undi dari kalangan pengundi berbangsa Cina, dan MIC dan PPP kepupusan undi dari kalangan pengundi berbangsa India. Kesemua MCA, GERAKAN, MIC dan PPP melontar batu ke arah UMNO, menyatakan UMNO adalah punca segalanya. Benarkah begitu? Saya tidak ingin mengulas perkara ini di sini, cukup sekadar membuka ruang untuk perbincangan di masa depan.
Saya juga tidak berhasrat membela UMNO di sini. Lebih baik saya buka ruang untuk pendukung UMNO membuka mata, minda dan hati. Selalunya kita lebih mudah bersikap defensif bila cuba meneliti kelemahan kendiri. Segala peringatan dan pendapat dipandang sepi dan serong sehingga terhantuk baru nak tengadah. Tetapi tengadah pun cuma untuk seketika. Mungkin mereka ini tunggu dilanggar oleh trailer baru mahu sedar bahawa mereka berada dalam bahaya yang amat sangat. Lebih baik lagi, cuba keluar daripada diri sendiri dan teropong ke dalam diri dari luar. Kalau tidak mampu keluar daripada diri sendiri, buka lah telinga, minda dan hati kepada coretan, dengusan, peringatan dan cadangan daripada orang di 'luar'.
Saya cadangkan UMNO meneliti semula falsafah perjuangannya. Perjuangan yang berasaskan "Ketuanan Melayu" sudah dicabar dan UMNO tidak mampu pertahankannya, antara sebabnya kerana ramai pemimpin UMNO sendiri yang menghancurkan 'Ketuanan Melayu", yang merosakkan amanah Melayu dan tidak menghormati Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin UMNO lebih memperjuangkan "Ketuanan Diri" dan "Ketuanan Kelompok" dalam UMNO. Kemajmukan rakyat Malaysia, campuran keturunan Melayu, perubahan pemikiran dalam masyarakat Melayu dan bukan Melayu, menjadikan "Ketuanan Melayu" semakin tidak relevan dan tidak dapat bertahan. UMNO perlu menaiki rakit perubahan, atau hanyut mengikut arus ke jeram dan menjunam ke jurang.
Konsep 1Malaysia masih belum jelas (8 tiang seri 1Malaysia: Culture of Excellence, Perseverance, Humility, Acceptance, Loyalty, Meritocracy, Education, and Integrity). Ia lebih merupakan slogan sementara bagi memberi ruang kepada Najib untuk manarik nafas. Jangan nanti hanya jadi macam rukunegara. Bunyinya indah, tetapi tidak berpijak di jiwa. Di mana pula letaknya UMNO dalam 1Malaysia? Apa pula relevannya UMNO dalam 1Malaysia? Slogan, tidak seharusnya dianggap sebagai kata-kata keramat untuk memenangi perjuangan. Slogan hanyalah iklan yang menyentak perhatian. Perhatian akan mengundang pentafsiran. Pentafsiran akan dikait dan disandar kepada apa yang dilihat, dirasa dan dialami. Jika pentafsiran tidak seperti yang dijangka, slogan itu tidak akan laku dilelong lagi.
1Malaysia perlu dipenuhi dengan konsep, falsafah dan metodologi pembinaannya. Konsep, falsafah dan metodologi ini perlu diterapkan ke dalam benak pemikiran para pejuang (ada ke para pejuang dalam UMNO kini?). Proses penerapan ini tidak mampu berlaku dalam masa yang pendek. Ia memerlukan perancangan, strategi dan langkah perlaksanaan. Konsep 1Malaysia tidak akan dapat diterapkan hanya melalui program motivasi, ceramah dan drama. Ia memerlukan perlaksanaan serentak antara konsep, pengisian, latihan, pengukuhan, perlaksanaan dan teladan yang dipertontonkan oleh pemimpin.
Di zaman manusia semakin banyak terdedah kepada maklumat, dan ilmu pengetahuan, serta mampu mencapai komunikasi bebas di pelantar maya, konsep yang longgar dan falsafah yang dangkal akan mudah dilanggar dan disangkal. Keadaan ini menjadikan kerja penjelmaan konsep dan falsafah perjuangan baru untuk UMNO satu tugas yang maha berat. Apa lagi, jika konsep 1Malaysia tidak bertatahkan nilai sejagat yang sudah diterima oleh ramai rakyat negara ini. Jangan lupa bahawa masyarakat Malaysia berbilang kaum, berbilang adat dan berbilang agama dan semestinya berbilang pendirian.
UMNO mungkin bernasib baik jika PAS menukar arah kepada konsep dan pemikiran DAP-PKR. Kerana ia bererti PAS dalam proses pembikinan semula konsep perjuangan mereka yang tidak mengutamakan pembentukan negara Islam, atau penegakan hudud. Jika PAS memang memilih slogan universal untuk bersama dengan DAP-PKR, UMNO dan BN boleh mendahului perlumbaan. Tetapi, sekali lagi diingatkan, slogan semata tidak menjanjikan keagungan atau kemenangan.
Dilantai perjuangan, UMNO dicemuh bukan kerana konsep. UMNO dicemuh kerana perlaksanaan yang tidak adil. Perlaksanaan yang tidak adil ini kemudiannya disabitkan kepada konsep "Ketuanan Melayu" dan polisi DEB. Pengundi India dan Cina marah kerana mereka menganggap pemimpin UMNO dan BN tidak adil, mementingkan kroni dan keluarga, dan mereka sanggup mempertaruhkan kepercayaan kepada PAS, parti yang selama ini mereka curiga. Malah pemimpin DAP masih terkial-kial cuba menyangkal laungan PAS yang inginkan penegakan negara Islam atau hudud. DAP-PKR telah berjaya memujuk, walaupun sebahagiannya secara tidak benar, agar pengundi India dan Cina yakin bahawa PAS boleh dopercayai, pemimpin PAS baik dan tidak korup, Nik Aziz pergi kerja naik kereta buruk atau berjalan kaki (ini yang saya dengar sendiri). DAP-PKR-PAS telah berjaya membina kepercayaan di kalangan masyarakat India dan Cina bahawa mereka (PR) adalah alternatif yang lebih baik daripada UMNO/BN. Memang, kepercayaan adalah berasaskan persepsi, dan persepsi dibina melalui apa yang dilihat, didengar, atau dibaca berulang-ulang. DAP-PKR bekerja keras di kalangan pengundi India dan Cina supaya memberi peluang kepada PAS. Contoh terbaik, bila mereka begitu kukuh di belakang Nizar dalam kes kemelut politik di Perak.
Buat masa ini, UMNO/BN bernasib baik kerana bilangan Melayu lebih ramai daripada campuran India dan Cina. Jika lebih ramai Melayu pula yang ikut sama mempercayai dendangan DAP-PKR-PAS, hasrat UMNO/BN untuk kembali memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah pastinya punah.
Demi mengisi usia 63 tahun, untuk terus bermaya dalam senario politik Malaysia, UMNO seharusnya meneliti lebih daripada konsep 1Malaysia.
JebatMustDie received and published the article below. I think we can ponder over its far reaching meanings to our society:
I feel compelled to comment only because i find it difficult to comprehend the sheer naivete or perhaps it is the scarily fervent belief of the followers of certain political leaders in the almost messianic qualities of those leaders, who in the eyes of their followers can apparently do no wrong.
To those few who are so ‘taksub’ or fixated on the exaggerated and over-rated concept which is ‘ketuanan rakyat’, i wish to offer my take.
Going back to the original conception of democracy by the Greeks, the etymology of which comes from 2 words, i.e. demos (people) and kratos (initially power, force, strength, etc. Over time, evolving to mean rule or government), it would appear that the precedent for ‘ketuanan rakyat’ is clearly established.
However, even the brightest of them, i.e. Socrates, Plato and others were united in their belief that to hand over rule to the people would result in utter chaos for the greek city states. In essence, they considered that rule or governance was best exercised by a group of learned men. Of course, this may be simplifying this account to a great extent - but the foundations and precedents laid then reverberate and continue to ring true even today.
Thousands of years later, and in Malaysia no less, the prescience concerning the fallacy of rule by the people is being played out.
Unfortunately, the serious lack of political and administrative leadership of the present administration has resulted in a vacuum in which a pretender - supported by a cadre of fearsome and narrow-minded enforcers, purports to be the only saviour of the country to bring about a so called new dawn for Malaysia. The cult of personality around this person defies belief, which urgently brings to my mind the important lessons of Orwell’s Animal Farm.
I do not claim to have any solution to the seemingly intractable differences at home, only wishing to share my observations. In my view, the leaders of PR, despite the public shows and utterances of solidarity with the man in the street are in my humble opinion no different than the so-called crooks which they claim to have been in power for too long. It is now their time they say, their time to perhaps plunder and drive even deeper divisions.
It should not escape attention that the rise of violence in Malaysian politics coincides with the rise of PKR. Instead of cooling down the flames of animosity, certain PKR leaders appear to be fanning those flames, with scant regard for the consequences of their actions, as long as it yields them the seat of power.
In terms of what i believe constitute the primary elements of democracy, i am of the view that its definition hinges on its interpretation and more importantly, its implementation. I believe that we first need to have a clear idea of what democracy itself should mean for us. In our case, i believe that the best democracy for Malaysia takes into account the particularities of Malaysia’s social, economic, demographic and political landscape, among others.
In this regard, i am of the view that the kind of democracy that Malaysia should be is the one that has been decided by our leaders who negotiated Malaysia’s independence. I believe that the agreement then was acceptable to and endorsed by all communities and stakeholders.
The success of the approach mapped out then, particularly in terms of balancing and accounting for the interests of all communities is evidenced by the fact that now, 50 or so years on, Malaysia is no longer the colonial backwater it once was. Equally important is the fact that since independence, Malaysia as a country has been able to maintain a more or less independent approach, both in terms of its economic planning and foreign policy. In this context, you will find me staunchly opposing any section of our society that seeks to renegotiate the terms agreed by our founding fathers.
I do not pretend that the prosperity which has and continues to be bestowed on Malaysia has benefitted all communities equally, some have benefitted more than others. However, the fact that there remains pockets of marginalised and underdeveloped segments of society do not in any way justify the blatantly racist, poisonous and prejudiced accusations such as those espoused by HINDRAF leaders.
In my humble view, People Power, wielded injudiciously as we have witnessed in the Philippines and continue to witness in Thailand, cannot work. I believe that while it can function as a preliminary catalyst, it ultimately fails when its principles eventually need to be translated into practicable policies and actions. To me, people power inevitably spawns populist policies and measures which in turn require and rely on populist politicians to see them through. Given the flip-flopping posture and populist pandering, and not to mention the divergence and inconsistencies in positions among PR components themselves, i’ve become even more convinced that it would be an unmitigated disaster if PR were to helm the federal government .
However, the catch is this, Malaysia IS a democracy-for better or worse. As such, should any party come to power through the popular vote, then i believe that should be accepted as the people’s choice. My single most abiding fear is that, through all the ‘wayang kulit’ that is being acted out by politicians on both sides, the rakyat will become more confused. Add to the mix irresponsible politicians who are blatantly racist and prone to stoke and fan communal fears and feelings, the end result could very well be explosive. Seeing the increasingly frequent street demonstrations in Malaysia, i believe that moves to drive even deeper divisions among the communities are being actively undertaken by these same irresponsible people.
Given the delicate nature of democracy in Malaysia, I am equally convinced of the need for strong leadership. For all of the faults of our previous Prime Ministers, they have managed to maintain the delicate communal balances, thereby allowing for Malaysia to develop in her own mould. What the current PM (JMD - At this point of time, Pak Lah was still the PM) has done should also be lauded, as he has attempted to open the space to allow for deeper, more meaningful inter-communal dialogue and understanding. Unfortunately, certain quarters have seen fit to take advantage of the openness and sincerity of the current administration as a signal that everything is up for negotiation.
In a nutshell, I believe that democracy is both a means to an end and an end in itself. I strongly believe that for it to work in a country like ours, a strong, clear and united leadership is needed. Taking into account all that Malaysia is and has been through, i do not think that the so-called democracy as promoted by PR will ensure that Malaysia can remain as peaceful, stable and prosperous as it once was, at least before their brand of alienating and personality-centred politics was introduced.
Kata Muhyiddin:
"...dalam tempoh dua tahun ini, Umno dan BN harus bekerja keras, meletakkan sasaran apa yang patut kita utamakan dan bagaimana (untuk memastikan) pimpinan parti di semua peringkat memahami aspirasi kerajaan dan dapat diterjemahkan perkara itu kepada ahli dan masyarakat."
Kata saya:
Nobisha menulis: ".....Kalau protes "baju merah" telah membatalkan sidang kemuncak Asean, protes kumpulan "baju kuning" juga tak kurang hebat pencapaian. Kemuncak kepada protes berbulan-bulan itu menyaksikan dua buah lapangan terbang Thailand, termasuklah Suvarnabhumi ditutup (gambar atas).
Adakah ini yang dimaksudkan sebagai hak rakyat untuk berdemonstrasi?
Adakah ini cara untuk rakyat menukar kerajaan? "
Komen saya:
"
Nobisha, et al:
Bila membaca komen-komen berkaitan topik ini, saya berasa bimbang, malah amat bimbang, bila begitu ramai (kalau ikut peratusan pembaca blog ini) rakyat Malaysia yang memeluk demonstrasi sebagai sebahagian daripada demokrasi. Majoriti komen menyokong apa yang berlaku di Thailand dan disamakan dengan hak rakyat dan kebebasan rakyat, malah ada cubaan mengaitkan dengan keadilan Islam.
Ruangan ini tidak cukup untuk saya membawa hujah panjang antara positif dan negatif sikap yang hampir menjadi budaya tuntutan rakyat. Apa yang tidak banyak disedari ialah apa dan bagaimana para pemimpin dan penaja demonstarsi ini menggerakkan begitu ramai rakyat untuk sanggup meluang masa dan menghadapi risiko. Apa pula tujuan mereka sebenarnya.
Norizan cuba tidak mengulas, walaupun saya percaya beliau sarat dengan pendapat. Namun sebagai pelawat, saya rasa perlu saya katakan demonstrasi bersilih ganti sebegini adalah merugikan negara, termasuk mereka yang berdemonstrasi itu.
Bayangkan, bila golongan yang disokong oleh baju merah memerintah, golongan kuning akan melumpuhkan kerajaan dan ekonomi. Sebaliknya pula, bila golongan kuning memerintah, golongan merah pula yang akan melumpuhkan kerajaan dan ekonomi. Bila negara boleh disusun? Bila negara hendak ditadbir? Bila perniagaan boleh dilaksanakan? Bila pekerja akan bekerja? Bagaimana pemandu teksi hendak cari rezeki? Bila petani hendak bertani dan siapa pula yang berduit untuk membeli hasil tani? Apa pula kesan psikologi ke atas ramai mereka yang tidak terlibat: takut, bimbang, resah, stress, nanti rugi berniaga, nanti tanaman rosak, nanti berbagai nanti ....?
Bila begitu ramai yang menyokong keadaan ketidaksetabilan ini agar boleh berlaku di Malaysia, saya menjadi bimbang yang amat sangat. Dan bila ada pemimpin yang ingin perkara seperti ini terjadi, saya menjadi lebih bimbang.
Apa yang kita sebagai rakyat harus tahu ialah, dalam apa keadaan sekalipun, sama ada stabil atau sebaliknya, akan ada golongan yang mengaut untung, dan yang sentiasa berada dalam keadaan bersedia mengaut untung ialah golongan yang sudah kukuh ekonomi mereka. Golongan marhain tetap dipergunakan. Sebab itu, golongan yang kena belasah, kena tangkap sewaktu mana-mana demonstrasi ialah bukan golongan itu, tetapi golongan yang dipergunakan oleh mereka.
Saya menyeru agar kita mengambil iktibar dari usaha Rasulullah saw yang bertegas, dengan panduan Allah untuk meneruskan perjanjian Hudaibiyyah, walau menghadapi bantahan keras daripada para sahabah.
Golongan yang mengguna rakyat bangkit dengan kekerasan memang tidak seharusnya diberi tempat dalam masyarakat. Mereka jenis inilah yang tidak inginkan keamanan berlabuh dalam masyarakat. Mereka tahu, bila keamanan berlabuh, bila air tenang, bila langit cerah, bila ribut reda, bila badai sedar dari gila, orang akan nampak banyak perkara. Bila bayang bumi mula menggelapi bulan sewaktu gerhana, pemuka-pemuka masyarakat suruh orang ramai pukul tin kosong supaya 'naga' tidak telan bulan. Orang ramai yang jahil tentang astronomi mudah percaya, lalu memukul tin sekuat tenaga, memberi komitmen sesungguh hati, itulah demonstrasi mereka. Bila ahli ilmu astronomi kata itu cuma bayang bumi yang bergerak, dan bulan akan terang semula selepas gerhana, para pemuka tadi akan cepat mempersalahkan ahli astronomi dengan pelbagai tuduhan dan alasan. Yang penting, orang ramai berasa bimbang dan takut kehilangan bulan, takut hidup dalam gelap, dan terus mengharap mereka memimpin.
Saya percaya kebenaran lebih mudah bertakhta dalam keadaan aman. Dalam masa enam belas tahun Islam mula bertapak di Makkah sehingga tahun keenam Hijrah bila berlakunya perjanjian Hudaibiyyah dalam bulan Zulkaedah, tentera Islam hanyalah berjumlah sekitar 1400 orang. Bila keadaan aman hasil perjanjian Hudaibiyyah, fitnah pembohongan tentang Islam merendah kehampir kosong, mendung yang melitupi kebenaran lenyap ditelan cahaya, Islam lebih mudah tersebar ke merata pelusuk alam yang boleh didatangi utusan Rasulullah. Dalam masa dua tahun, sewaktu peperangan Hunain, dalam tahun lapan Hijrah, tentera Islam telah melebihi 10 ribu. Itulah hadiah keamanan."
PRK DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang masih mendedahkan tektik dan strategi BN/UMNO tidak berubah. Slogan memang ada berbau perubahan, tetapi slogan sahaja tidak mampu membawa perubahan. Pengundi semakin perihatin kepada apa yang mereka nampak, bukan dengar.
Mereka masih nampak kereta besar menjalar di jalan-jalan kampung. Mereka masih nampak lenggang megah bergaya di celah-celah golongan miskin. Mereka masih nampak keegoan bertapak di dada pengempen.
Bukan bererti lawan tidak ego, ada juga ego mereka, tapi mereka lebih bijak menyembunyikan ego tersebut, ditambah lagi dengan persepsi mereka adalah golongan lemah, jadi orang kampung kurang nampak ego mereka. Kereta mereka pun besar juga, tapi pengundi ingat itu kereta orang BN/ UMNO. Persepsi susah diubah, apa lagi jika masih ada tindakan pengukuhan.
Mereka yang menunjuk lagak ini tidak mampu ambil hati pengundi yang telah erat memeluk pembangkang.
Maka BN bagi projek ambil hati kepada orang India. Tapi undi masih tidak masih mahu datang. Kerana mereka kata itu projek ambil hati kroni, orang 'bawahan' hidu bau pun tak dapat.
PRK dua bukit ini sepatutnya mematrikan pendapat UMNO, bahawa pengundi bukan Melayu sudah tidak makan dipujuk. Walaupun begitu, mereka memberi sebab lain, minta lebih. Minta jawatan TPM. Bila dapat, mampukah mereka membawa undi kepada BN? Belum tentu. Nanti mereka minta lebih lagi. Tebaran undi di dua bukit telah membawa bukti, pengundi bukan Melayu tidak sokong BN, dan tidak sokong pakatan pembangkang. Mereka hanya menyokong ketidaksetabilan. Bila keadaan tidak setabil, mereka menjadi penentu. Mereka jadi 'raja'. Mereka jadi "King Maker". Yang bodohnya ialah golongan majoriti yang membiarkan nasib dan masa depan golongan mereka ditentukan oleh golongan minoriti. Mereka tunduk kepada bilangan undi minoriti. Kelakar!
Dalam politik demokrasi, undi memainkan peranan penting untuk membahagi kuasa. Tuntutan bukan Melayu pada permulaan kemerdekaan dahulu sudah tercapai. Mereka kini berpolitik untuk mendapat lebih daripada itu.
Bukan Melayu menyedari peratus bilangan kependudukan mereka semakin kecil. Dalam negara demokrasi yang berpaksi kepada bangsa, ini satu sumpahan ke arah kelemahan. Mereka sedar mereka perlu bertindak lebih daripada menyokong kerajaan. Mereka perlu memainkan peranan menentukan kerajaan. Mereka mahu agar siapa pun yang memerintah, merekalah yang menentukannya. Coretan ringkas ini tidak mampu mengulas panjang tentang analisis ini, tetapi cukup untuk membuka perbahasan. Bukti-buktinya sudah jelas terpampang, secara bertulis, atau secara tindakan.
Ada kawan saya bertanya, kalau orang UMNO banyak menerima rasuah, siapa yang memberi rasuah? Sebab, bila ada orang yang menerima, mesti ada yang memberi. Kemudian, adakah yang menerima rasuah itu lebih kaya daripada orang yang memberi rasuah? Kalau orang UMNO menerima rasuah, siapa mengawal siapa? Bukankah selalunya, orang yang memberi rasuah akan mengawal orang yang menerima rasuah?
Perasuah besar, beri rasuah kepada orang politik, orang politik beri rasuah kepada pengundi, pengundi undi ikut hati mereka sendiri, ertinya ada kemungkinan menipu; menipu semasa menerima, menipu semasa mengaku. Undi tetap rahsia.
Jika pemerintah beri 'projek rasuah', daripada mana pula pembangkang dapat peruntukan untuk beri gula, minyak, dan pelbagai hadiah untuk diberi kepada pengundi. Jika ada yang berkata hanya UMNO/BN sahaja yang beri rasuah kepada pengundi, itu satu pembohongan besar, sebab saya memang tahu PAS dan PKR pun ada bagi juga. Sedikit pun, bagi juga. Mereka bagi sedikit sebab pengundi boleh terima alasan 'kami pembangkang, tak ada duit nak bagi hadiah banyak, cukup lah ini sebagai tanda kami berterima kasih kerana menyokong'. Rasuah tetap rasuah, besar ataupun kecil. Ataupun, ini bererti, bila pembangkang kini berubah menjadi pemerintah, pengundi boleh tuntut 'hadiah' lebih besar? Bagi ahli politik, yang pentingnya, ambil hati, tagih undi.
Saya percaya trend sebegini perlu dirobah. UMNO/BN seharusnya tidak terlalu tertekan dengan mana-mana PRK, terutama jika PRK itu tidak memberi kesan terus kepada pemerintahan. Fokus harus ditumpu kepada PRU13.
Seperkara lagi, sejak PRU12, pemerhatian saya mendapati bahawa dalam kelantangan SEMUA pihak tidak mahukan politik berasaskan ras, keputusan PRK dua bukit baru-baru ini masih menunjukkan ketebalan undi berpaksi kepada ras, cuma atas sebab berbeza daripada sebelum 2008.
Politik minoriti king maker sedang membiak di negara ini. Nak ambil hati aje ke?
Sewaktu saya mula meluahkan kata-kata ini, melalui telefon saya, jam sudah menunjukkan waktu 2.30 pagi. Pengumuman sudah dibuat, dalam masa kurang 10 jam lagi, seluruh negara, warga dan institusinya akan menyaksikan satu acara perasmian peralihan kuasa. Malaysia akan mendapat PM keenam.
Saya dapat merasakan seluruh penyaksi melalui tempoh ini dengan penuh debar dan perasaan yang bercampur, fikiran yang berbelah bagi, dan kelakuan yang semacam ada yang tak kena. Ramai yang rasa mereka memiliki maklumat benar bahawa DSN menaiki takhta kuasa beserta dengan beban peribadi paling besar dan paling banyak berbanding dengan para PM terdahulu. Sama ada ini benar atau tidak, saya tidak tahu. Di zaman IT kini banyak maklumat benar dan palsu berlegar di maya, secara cepat, meluas dan detail. Maklumat benar bercampur palsu pun juga banyak. Terakhir, petang semalam, Khamis 2 April, tersebar melalui sms kononnya Agong tidak bersetuju untuk melantik DSN sebagai PM, dan DSN tidak akan jadi PM. Mereka yang buta perlembagaan dan tuli politik, serta golongan yang tidak mahu DSN jadi PM begitu bersemangat mempercayai dan menyebarkannya. Jika fitnah sms itu dimulakan oleh golongan yang tidak mahu DSN dilantik menjadi PM, siapa yang sebenarnya yang berjaya mereka tipu secara meluas? Tidak lain dan tidak bukan, golongan yang sekapal dengan mereka sendiri. Jika mereka sanggup menyebar fitnah untuk menipu rakan seperjuangan mereka sendiri, apakah sebenarnya landasan perjuangan mereka?
Golongan ini memang tidak seharusnya diberi tempat dalam masyarakat. Mereka jenis inilah yang tidak inginkan keamanan berlabuh dalam masyarakat. Mereka tahu, bila keamanan berlabuh, bila air tenang, bila langit cerah, bila ribut reda, bila badai sedar dari gila, orang akan nampak banyak perkara. Bila bayang bumi mula menggelapi bulan sewaktu gerhana, pemuka-pemuka masyarakat suruh orang ramai pukul tin kosong supaya naga tidak telan bulan. Orang ramai yang jahil tentang astronmi mudah percaya, lalu memukul tin sekuat tenaga, memberi komitmen sesungguh hati. Bila ahli ilmu astronomi kata itu cuma bayang bumi yang bergerak, dan bulan akan terang kembali selepas gerhana, para pemuka tadi akan cepat mempersalahkan ahli astronomi dengan pelbagai tuduhan dan alasan. Yang penting, orang ramai berasa bimbang dan takut kehilangan bulan, takut hidup dalam gelap, dan terus mengharap mereka memimpin.
Saya percaya kebenaran lebih mudah bertakhta dalam keadaan aman. Dalam masa enam belas tahun Islam mula bertapak di Makkah sehingga tahun keenam Hijrah bila berlakunya perjanjian Hudaibiyyah dalam bulan Zulkaedah, tentera Islam hanyalah berjumlah sekitar 1400 orang. Bila keadaan aman hasil perjanjian Hudaibiyyah, fitnah pembohongan tentang Islam merendah kehampir kosong, mendung yang melitupi kebenaran lenyap ditelan cahaya, Islam lebih mudah tersebar ke merata pelusuk alam yang boleh didatangi utusan Rasulullah. Dalam masa dua tahun, sewaktu peperangan Hunain, dalam tahun lapan Hijrah, tentera Islam telah melebihi 10 ribu. Itulah hadiah keamanan.
Daripada pengajaran ini, saya menyeru kepada semua agar menghargai keamanan, berusaha ke arah mewujudkan zaman aman selama mungkin, kerana kala itulah nanti alHaq lebih mudah dinikmati oleh manusia sejagat.
Jadikanlah sempena pertukaran penyandang jawatan PM ini sebagai permulaan zaman aman. Banyak kerja boleh kita laksanakan untuk menyebarkan kebenaran dengan tenang dan berkesan tanpa serabut dengan ulasan berkepentingan yang lopong keikhlasan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dato Razali Ibrahim Malam ini YB Saifuddin Abdullah akan ada facebook hour dalam pukul 8:30 - 9:30 pm di awani. Perbincangan mengenai cara mendekati rakyat melalui media baru. Dato Razali akan dihubungi melalui telefon kerana berada diBukit Selambau. Kepada rakan FaceBook boleh bagi pandangan anda - (Perbincangan mengenai cara mendekati rakyat melalui media baru melalui facebook)
Saya kata:
dan ......